CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 0

Resepi Mudah Donut Green Tea Ala-ala Big Apple, Anda Mesti Cuba

[Copy link]
Post time 19-1-2018 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Jika anda peminat setia Big Apple Donuts dan ingin membuatnya sendiri di rumah, jom cuba resepi donut grean tea yang lembut dan gebu ala-ala Big Apple.

Memang enak, terutamanya rasa green tea yang menyegarkan itu.




Bahan-bahan

3 cawan tepung protein tinggi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil yis segera
1/8 cawan mentega
1/8 cawan marjerin
1 sudu besar liquid bread improver (jika tak ada, gantikan dengan serbuk penaik lain)

Bahan cecair

1 biji telur
3/4 cawan air sejuk (gunakan air sejuk sepenuhnya, bukan air suam supaya adunan naik sempurna)
80 gram krim putar (gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil perisa mentega

Bahan untuk toping

2 cawan gula halus
1 sudu kecil serbuk matcha green tea
1/4 cawan air masak

Cara-cara membuat donut green tea lembut

1. Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk pemukul. Pukul hingga rata. Masukkan bahan cecair ke dalam campuran bahan kering dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 2 minit.

2. Tukar kepada kelajuan sederhana, lalu tambahkan bahan penaik. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan menjadi licin.

3. Keluarkan adunan donut lalu biarkan ditutup untuk rehat hingga 30 minit.


4. Ratakan adunan donut setebal 2 cm dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan agar tidak lekat.

5. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 60 minit.

6. Buka plastik penutup, angkat adunan, dan kembalikan semula ke tempat asal.

7. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk donut yang dikehendaki.

8. Tabur sedikit tepung ke atas dulang. Lalu susun adunan donut yang sudah dibentuk di atas dulang.
Biarkan donut kembang hingga menjadi 2 kali ganda.

9. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana.




Untuk topping, campur gula halus, serbuk matcha green tea dan air masak. Pukul hingga merata.








Celupkan donut ke dalam cecair green tea.









Siap untuk di makan.

Selamat mencuba! - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41104 Replies : 505
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78563 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 18450 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21689 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363518 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.109300 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list