CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2975|Reply: 9

Berangan Nak Tinggal Di Pulau? Jaga-Jaga, Jangan Sampai Ke 5 Pulau Berhantu Ini

[Copy link]
Post time 19-1-2018 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Pasti ada di antara kita pernah mengimpikan untuk tinggal di sebuah pulau apabila sudah dewasa atau memilih untuk menghabiskan sisa hidup di sana.


Mana tidaknya kita sering dengar orang bercerita mengenai keindahan pulau yang dikelilingi laut, bunyi ombak memukul pantai, serta pemandangan yang menenangkan.


Namun pernahkah anda terfikir bahawa bukan semua pulau mempunyai keindahan dan keseronokan untuk anda tinggal? Malah jika silap memilih pulau anda mungkin akan ketakutan serta dihantui.


Itulah yang ingin kami kongsikan bersama anda, lima pulau yang menakutkan, penuh misteri serta pelik yang diperoleh dari laman sesawang Iluminasi buat bacaan anda semua.


1) Palmyra Atoll



Foto - Iluminasi



Pulau yang terletak di selatan Pulau Hawaii ini cukup terkenal dengan kejadian kapal karam atau hilang apabila melaluinya. Malah ada orang mengatakan bahawa pulau milik Amerika Syarikat ini merupakan tempat yang sangat takjub dengan jin atau syaitan.


Pelbagai peristiwa yang dikatakan pernah berlaku di pulau ini antaranya adalah pada 1855 dimana sebuah kapal dilaporkan telah bertembung dengan terumbu karang, tetapi apabila pasukan penyelamat tiba di sana mereka gagal menemui kapal serta anak kapal berkenaan.


Tidak cukup dari itu, semasa perang dunia kedua, pulau ini digunakan sebagai kubu pertahanan. Tetapi satu kejadian aneh telah berlaku apabila askar-askar yang bertugas dipulau ini mengalami serangan panik tanpa diketahui puncanya lalu membunuh diri.


Kalau anda nak tahu pulau ini sangat ditakuti oleh beberapa negara kerana kehadiran bangkai-bangkai kapal dipersisir pantainya. Malah ada yang mengatakan bahawa terdapat satu khazanah tersembunyi yang disumpah oleh roh pelayar yang sudah mati.


2) Snake Island


Foto - Iluminasi



Tengok kepala Medusa yang penuh ular sahaja pun sudah cukup membuatkan kita berasa geli malah menakutkan. Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa terdapat sebuah pulau yang dipenuhi dengan ular hingga tiada manusia berani tinggal disitu.


Terletak berdekatan Brazil, Snake Island ini cukup mengerunkan bagi yang pernah mendengarnya kerana ia terdapat pelbagai spesis ular termasuk yang paling beracun di dunia. Bayangkan jika terkena satu patukan tisu-tisu dalam badan anda akan segera melumpuh.


Hanya ekspedisi Nat Geo sahaja yang membuat lawatan ke pulau ini atas tujuan pendidikan serta rakaman. Namun mengikut cerita beberapa orang pernah menjadi mangsa di pulau yang berbahaya ini.


Antaranya adalah seorang nelayan yang tidak tahu mengenai bahaya pulau ini telah berlabuh di pantai dan apabila kehadirannya disedari ular-ular ia berakhir dengan tragedi di mana tubuhnya berlumuran darah selain dipenuhi kesan gigitan ular.


Satu lagi kisah adalah terdapat sebuah keluarga yang berpindah ke pulau ini dan mati dalam keadaan mengerikan kerana rumah mereka dipenuhi dengan ular. Menyedari bahaya tersebut keluarga ini cuba keluar dari rumah tetapi akhirnya hanya tubuh mereka yang bercerai-berai sahaja ditemui.


3) Poveglia Island

Foto - Iluminasi



Pulau di Venice ini mempunyai mempunyai satu kisah yang menakutkan apabila diceritakan oleh penduduk setempatnya. Difahamkan satu ketika dahulu pulau ini merupakan tempat perlindungan terakhir kira-kira 160,000 pesakit Wabak Hitam (Black Plague).


Malah ada yang menceritakan bahawa 50 peratus daripada tanah di pulau ini adalah abu mayat-mayat pesakit Wabak Hitam yang dibakar bagi mengelakkan ia terus menular. Seram bukan.


Tidak cukup daripada itu misteri pulau ini diteruskan lagi apabila kerajaan Itali pada 1920-an membuka sebuah hospital pesakit mental di pulau ini. Pesakitnya sering mengadu bahawa mereka mengalami sakit kepala ekoran pulau ini dipenuhi dengan roh orang yang telah mati dalam keadaan tragis.


Lebih menarik lagi terdapat seorang doktor pakar kepala yang telah menjalankan eksperimen ngeri terhadap pesakit-pesakit mental di hospital ini. Tetapi akhirnya dia membunuh diri dengan melompat dari menara loceng pulau tersebut. Selepas itu hospital ini terus ditutup dan pulau ini masih tidak berpenghuni sehingga hari ini.


4) Island Of The Dolls



Foto - Iluminasi



Pulau ini cukup terkenal di kalangan mereka yang menggemarkan sesuatu yang unik. Mana tidaknya terdapat anak-anak patung digantung di atas pokok di pulau ini.


Kisahnya bermula apabila pengembara solo, Julián Santana Barrera tinggal di pulau ini. Menurut lagenda terdapat seorang gadis telah lemas berdekatan pantai di pulau ini.


Bagi menghormati gadis yang lemas serta melindungi dirinya daripada jin serta syaitan Julian mula mencari banyak anak patung yang rosak dan terapung berdekatan pulau lalu menggantung patung-patung berkenaan di atas pokok. Ia juga dikatakan bertujuan menenangkan roh gadis tersebut.


Selama 50 tahun Julian mengumpul patung-patung menakutkan ini hingga akhirnya dia ditemui mati lemas. Apa yang menarik adalah dia ditemui lemas di tempat sama dia menjumpai tubuh gadis yang lemas sebelum itu. Misteri bukan?


5) North Brother Island



Foto - Iluminasi



Pulau yang diabaikan ini mempunyai kisahnya tersendiri apabila mempunyai sebuah hospital merawat penyakit cacar serta pemulihan dadah. Ia bermula pada penghujung abad ke-19 apabila sebuah hospital pakar dalam mengubati cacar serta mengkuarantin pesakit penyakit ini dibuka.


Pada 1904, sebuah kapal bernama General Slocum mengalami kemalangan dan terdampar berhampiran pantau Pulau North Brother. Beribu-ribu orang mati dalam kejadian ini.


40 tahun kemudian sebuah lagi hospital dibuka di pulau ini. Tetapi kali ini ia dibuka bagi memulih penagih dadah. Namun hospital ini bukanlah terkenal kerana kehebatannya memulihkan pesakit dadah tetapi terkenal dengan korupsi dan individu-individu kejam.


Tetapi hospital ini ditutup pada 1963 kerana bilangan pesakit yang menggunakan dadah secara drastik meningkat sedangkan mereka sepatutnya dipulihkan. Berdasarkan maklumat yang ada, pula ini telah diabaikan, hospital tersebut dimusnahkan dan kawasan sekelilingnya dinaiki dan dipenuhi hutan.


Jadi macam mana? Masih ingin tinggal di pulau? Jangan risau jika anda tahu ia bukanlah pulau-pulau di atas. Sedikit nasihat, sebelum bercuti ke satu pulau buatlah kajian sikit mana tahu tiba-tiba 'ter'pergi ke salah satu pulau ini. Pasti ngeri bukan? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Matilanakk klu tercampak ke Pulau Ular {:freak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
X hingin nak ke sna
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 02:48 PM | Show all posts
Mereka yang extreme je mungkin ingin kesana kalau biasa2 agency pelancongan tak nak promotekan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 02:54 PM | Show all posts
the seekers je kot akan ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 06:39 PM | Show all posts
6) Pulau Jerjak , P.Pinang  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pulau Atoll pernah keluar dalam rancangan My pacific Quest di Astro NetGeo People. Dalam rancangan mat salih New Zealand berlayar dengan kapal layarnya yg diberi nama quest pacific dan belayar dilautan Pasific dan singgah di Tonga, fiji, samoa dan juga banyak pulau kecil lain di sana spt Bikini Island, atoll dan lain2. Mereka ada singgah di Atoll tapi kalau tak ia adalah pulau yg ditinggalkan kerana Amerika pernah menjadikan pulau tersebut tempat test nuklear dan sehingga kini pulau tersebut tiada penghuni kerana kesan nuklear dalam tanahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pulau Atoll pernah keluar dalam rancangan My pacific Quest di Astro NetGeo People. Dalam rancangan mat salih New Zealand berlayar dengan kapal layarnya yg diberi nama quest pacific dan belayar dilautan Pasific dan singgah di Tonga, fiji, samoa dan juga banyak pulau kecil lain di sana spt Bikini Island, atoll dan lain2. Mereka ada singgah di Atoll tapi kalau tak ia adalah pulau yg ditinggalkan kerana Amerika pernah menjadikan pulau tersebut tempat test nuklear dan sehingga kini pulau tersebut tiada penghuni kerana kesan nuklear dalam tanahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2018 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeeee takut nye
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2018 01:31 PM | Show all posts
ye ke seram? Tgk gambar cam biasa je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048382 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list