View: 5492|Reply: 23
|
Penyanyi ‘Perfect’, Ed Sheeran Temui Kesempurnaan Pada Tunang
[Copy link]
|
|
Siapa bilang 'cinta monyet' tidak akan kekal dan menjadi serius? Penyanyi dan komposer British, Ed Sheeran baru-baru ini mengumumkan dia telah bertunang dengan teman lamanya Cherry Seaborn.
Mengenali Seaborn sejak berumur 11 tahun, Sheeran mengakui wanita itu adalah sempurna di matanya.
Memuat naik foto dengan kapsyen berikut, Sheeran dilihat sedang bahagia apabila dirinya kini telah bertunang dengan wanita yang disayanginya.
Sheeran 26 tahun, dan tunangnya seorang akauntan 25, adalah bekas pelajar di sebuah sekolah di Suffolk, Timur England. Mereka mulai serius bercinta pada tahun 2015.
Ed Sheeran berkongsi minat yang sama dengan tunangnya.
Pasangan itu memasang impian untuk menetap di sebuah perkampungan di Suffolk. Sheeran juga bercadang membina sebuah bilik muzik di taman di mahligai tersebut berserta beberapa bilik hiburan.
Aset yang akan didiami mereka itu dikatakan mempunyai rumah di atas pokok berukuran 26 kaki x 26 kaki, garaj dan ‘outdoor jacuzzi’. Manakala, pub peribadi sediada di mansion tersebut akan dikekalkan.
Sheeran pernah merangkul anugerah di majlis anugerah muzik berprestij, Grammy dan kejayaannya itu berterusan sejak album pertama dilahirkan pada tahun 2011.
Single “Shape Of You” telah menjadi jualan single terbaik di UK dan Perfect menjadi hit pada Krismas lalu. Manakala tunangya, Seaborn adalah pemain hoki berbakat, graduan daripada Unversiti Duke di Utara Carolina. Dia kemudiannya bekerja di Wall Street di bahagian kewangan sebelum berpindah ke England.
Ed Sheeran bagaimanapun belum menumumkan tarikh perkahwinan mereka. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
iolls tak faham apa konsep marriage bagi depa.. nak settle down ke? padahal waktu lovey dovey bf gf pun, bila couple ada skandal, siap bergaduh tarik rambut.. |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90: iolls tak faham apa konsep marriage bagi depa.. nak settle down ke? padahal waktu lovey dovey bf gf pun, bila couple ada skandal, siap bergaduh tarik ...
To legalized everything i guess.
I think this 'perfect ' stories.
|
|
|
|
|
|
|
|
my daughter's fave artist
ur 'perfect' guy is someone's fiance now, girl... |
|
|
|
|
|
|
|
wey potong rambut la wey! |
|
|
|
|
|
|
|
untunglah pempuan tu.. wlupun muka nan hado ed sheeran ni, lagu sedap2.. kaya royalti mamat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Best dgr perfect feat with andrea bocelli my fav singer.. terbuai2 iolss |
|
|
|
|
|
|
|
selekeh btol la ed sheeran ni.. nasib baik suara sedap |
|
|
|
|
|
|
|
serabai betul, tapi poket tebal... |
|
|
|
|
|
|
|
Elok ler declare cepat2 maklum ler sejak makin famous dan kaya ni makin ramai nak ngimpit |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 23-1-2018 11:39 AM
iolls tak faham apa konsep marriage bagi depa.. nak settle down ke? padahal waktu lovey dovey bf gf ...
To settle down of course. Tapi tak pernah pulak dgr gosip cinta ed sheeran before this. |
|
|
|
|
|
|
|
aammyy replied at 27-1-2018 07:14 PM
To settle down of course. Tapi tak pernah pulak dgr gosip cinta ed sheeran before this.
maksud aku, aku tak faham konsep settle down depa tu apa.
sebelum kahwin pun, depa memang kena setia, masih ada hubungan seks, sampai la ada anak. pastu memang kekasih tanggung hidup depa sama mcm konsep kahwin juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh. faham. trust issues kot. tapi lepas kahwin pun still ada yg taknak tukar surname. kapoor-khan, kardashian-west, jolie-pitt.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada dulu tak silap I lah, dia bercinta dengan Ellie goulding dan seorang lagi penyanyi tapi tak berapa famous kat sini... Tapi putus lah semuanya ditengah jalan..
|
|
|
|
|
|
|
|
kawin to legalize the relationship
kalau jadi apa2 nanti, bole la tuntut harta2..
kalau tak kawin, blah gitu jer lah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|