Biasanya orang mengembara sama ada secara solo ataupun berkumpulan. Tapi berlainan dengan jurugambar, Kieran Knightley yang mengembara bersama seekor Godzilla!
Kieran memuat naik foto-foto percutiannya bersama Godzilla yang dinamakan Ryan itu, tiba-tiba popular hingga mendapat perhatian ramai netizen dan portal antarabangsa.
macam 'real' kan?
Eh! Memang wujud ke raksasa ni?
Menyukai seni
Menjelaskan situasi sebenar, Godzilla tersebut sebenarnya hanyalah ilustrasi yang dihasilkan menggunakan photoshop.
Ryan dibeli dengan harga 8 bucks (RM35) di sebuah kedai cenderahati. Kemudian dia mendapat idea untuk menjadikan Ryan sebagai teman melancong ke setiap negara yang dilawati.
Seperti dalam filem
Sampai takda penumpang dalam 'train'
Sejak itu, dia mula memantapkan kemahiran photoshop bagi menjadikan Ryan lebih besar darinya dan kelihatan real.
Tambah lagi, kerja touch up gambar ini juga bukan calang-calang kerana dia mengambil masa 4 jam bagi menyiapkan sekeping gambar.
Lihat jaring pagar, ia di'edit' begitu teliti sekali
Kawan baik memang selalu macam ni.
Tapi kalau dah minat, semua tak jadi masalah. Kieran menganggap Ryan sebagai sahabat baik, apatah lagi ramai yang memuji hasil kerjanya yang menakjubkan.
Jadi, siapa sahabat baik anda ketika mengembara? - CARI