|
Seorang bekas doktor pasukan gimnastik dijatuhkan hukuman penjara sehingga 175 tahun kerana dituduh mencabul lebih daripada 150 atlet sepanjang 3 dekad berkhidmat.
Larry Nassar, 54 tahun, mengaku bersalah di mahkamah di Lansing di Michigan, terhadap tuduhan melakukan serangan seksual ke atas remaja perempuan yang datang mendapatkan rawatan.
Dia didapati melakukan perbuatan terkutuk itu antara 1998 dan 2015 ketika bertugas dengan skuad gimnastik Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Michigan.
Foto Carian google
Nassar turut memohon maaf kepada mangsanya ketika perbicaraan, mengatakan: "Saya akan kenang kata-kata anda sehingga akhir hayat saya."
Sementara itu, mangsa yang hadir di mahkamah mahu pihak yang "membela" Nassar, seperti skuad gimnastik AS dan universiti tersebut, turut bertanggungjawab atas apa yang terjadi. - CARI |
|