This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x536.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1280x720.
Mark Clattenburg halts play for call to prayer in Saudi Arabian cup game
ARAB SAUDI - Video pengadil England, Mark Clattenburg yang menghentikan perlawanan selepas mendengar azan berkumandang, tular di media sosial terutama sekali di kalangan peminat bola sepak.
Ia berlaku dalam satu perlawanan Piala Raja-Raja Arab Saudi antara Al Feiha dan Al Fateh, semalam.
Perkara ini sudah menjadi amalan di Malaysia, walaupun dikendali pengadil bukan Islam. Bagaimanapun, video ini tular di media sosial kerana dilakukan oleh seorang pengadil yang popular dan bukan seorang Islam.
Tindakan Clattenburg mendapat pujian ramai kerana sikapnya yang sensitif terhadap budaya dan agama negara tersebut.
Peristiwa tersebut dapat disaksikan di saluran YouTube, Malayalam News.
Sudah pasti Clattenburg diberi taklimat mengenai perkara ini sebelum mengendali sesebuah perlawanan bola sepak di Arab Saudi.
Clattenburg adalah seorang pengadil bola sepak yang disegani di Eropah dan antara pengadil yang terbaik di Liga Perdana dan England.
Namun Clattenburg membuat keputusan untuk berhijrah ke Arab Saudi untuk menggantikan rakan senegaranya, Howard Webb sebagai ketua pengadil untuk Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) pada Februari 2016.
Menurut laporan akhbar Britain, Mirror, Webb terkejut dengan keputusan Clattenburg untuk berhijrah ke Arab Saudi kerana dia mungkin terlepas untuk dipilih menjadi pengadil pada Piala Dunia 2018 di Rusia nanti.
Alhamdulillah, walaupun beliau seorang kafir tapi masih hormat dgn agama org lain bukan mcm kapir harbi dlm forum ni melalak macam hanjing tercekik tulang....