SHAH ALAM – Pengasas Semboyan Satu Malaysia, Muhammad Yusuf Azmi menyeru orang ramai agar berhemah ketika membicara mengenai isu jantina, Jutawan Kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman.
Katanya, Islam mengajar kita cara terbaik dalam mengendalikan isu ini.
“Saya sebenarnya bukan ahli nak bercakap soal ini, tapi saya cuma nak beritahu ada cara nak nasihat golongan ini.
INI CARA YUSUF AZMI UNTUK SAJAT
“Kita kena tarbiyah mereka, ajak kepada Islam jangan jauhkan mereka daripada Islam,” katanya kepada Sinar Online bersempena program Live bersama Sinar hari ini.’ Isu ini kembali menjadi perbualan ramai apabila Jakim sebelum ini, menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat.
Membalas pelawaan itu kemudiannya, Nur Sajat menyatakan kesedian untuk bertemu Jakim. Dalam pada itu, Jakim dijangka mengambil tempoh yang agak panjang bagi mengesahkan identiti sebenar Nur Sajat.
Menurut Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, dijangkakan tempoh itu dalam sebulan paling minima. Nur Sajat kemudiannya menyatakan beliau hanya mengikut arahan Jakim dalam isu ini.
Dalam pada itu, Muhammad Yusuf turut menitipkan nasihat buat Nur Sajat dalam mendepani isu ini.
“Saya nak beritahu kepada Sajat cuba lawan naluri yang ada dalam itu, dekat dengan ALLAH, lawan, sebab tiada perkara dalam hidup ini ALLAH turunkan adalah untuk rosakan kita. “Perlakuan dia yang lain bukan baik…tetapi soal naluri terlalu kuat jadi sukar untuk dia jadi kena lawan, oleh itu masyarakat perlu beri ruang dan peluang untuknya berubah dan kembali ke pangkal jalan,” katanya lagi.
TIDAK LAMA DAH UNTUK 1 MALAYSIA TAHU ..
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijangka mengambil tempoh yang agak panjang bagi mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik, Nursajat Kamaruzzaman.
Menurut Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof, berkata dijangkakan tempoh itu dalam sebulan paling minima.
“Proses ini akan mengambil masa yang panjang kerana melibatkan banyak pihak.
“Keputusan hanya akan diumumkan selepas segala proses itu selesai dan disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah yang diurusetiakan Jakim,” katanya menerusi kenyataan di Facebook Jakim lewat petang Jumaat.
Mohd Izwan juga menjelaskan, Jakim bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.
“Mengambil maklum persoalan oleh masyarakat susulan pertemuan saya dengan Nur Sajat dan kedua orang tuanya, maka ingin dijelaskan bahawa kami bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Nur Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi,” katanya.
Dalam pada itu, katanya Jakim juga menafikan dakwaan di dalam sebuah video yang menuduh pihak Jakim ada menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat.
Sumber: SINAR HARIAN
|