|
Cendol pulut durian 'cheese'? - ada 100 'topping' cendol yang anda takkan percaya!
Bayangkan waktu tengah hari yang panas lit lit, tekak anda begitu dahaga sekali. Kemudian ada gerai cendol yang orangnya ramai sungguh beratur begitu menggamit hati anda.
Setelah beratur tak lama pun, anda perlu memilih cendol dengan topping apa yang sesuai dengan citarasa. Dan ia bukan cendol biasa – seperti tambahan pulut dan tapai sahaja. Kali ini ada 100 pilihan cendol termasuk topping durian! Mau pitam dibuatnya.
Cendol pulut durian 'cheese'
Di kedai Rojak & Cendol Shah Alam bertempat di Medan Sri Delima, Seksyen 24, Shah Alam, anda boleh mendapatkan kesemuanya di sini.
Rupa-rupanya menu rojak dan cendol ini sudah ada sejak bertahun-tahun lagi. Lagi pula konsepnya layan diri, sesuai dengan suasana medan selera.
Lagi best ada menu raja buah sekali iaitu cendol durian. Kalau tak cukup rasa lagi, anda boleh ambil cendol pulut durian cheese. Wah! Bunyinya macam melampau, semuanya dalam semangkuk, tapi inilah menu yang menjadi bualan ramai orang hingga perlu beratur.
Tak macam sesetengah tempat yang tawarkan durian dalam bentuk sudah dilembutkan, tapi yang ini - anda akan dapat seulas atau dua ulas durian segar bersama cendol. Tak mainlah serbuk durian atau keju kan?
Ada 100 'topping' cendol yang anda takkan percaya!
Apa ‘topping’ lagi yang ada?
Dah kata 100 kan? Jadi anda boleh pilih antara bijirin 'coco crunch', jagung, coklat, aiskrim, marshmalow dan lain-lain lagi.
Harga?
Mengikut harga pasaran buah-buahan. Boleh jadi RM15-RM20 semangkuk dengan 2 ulas durian. Jadi berbaloilah dengan setiap suapan cendol itu nanti.
Yang seronoknya, gerai ni memang rajin buat promosi seperti promosi sehari cendol durian kampong RM8 saja atau promosi cendol durian XO (isi tebal) dengan harga RM15 semangkuk besar pada hujung minggu tertentu.
Peminat durian dan peminat makanan viral pasti takkan melepaskan peluang ini, untuk menikmati cendol pulut durian cheese. - CARI
|
|