Biasanya bagi pasangan suami isteri baru, mereka lebih memilih untuk tinggal di rumah sendiri berbanding rumah mentua.
Namun berlainan situasinya dengan Marsha Milan Londoh sebab dia lebih selesa untuk duduk sebumbung dengan keluarga mentua.
Katanya ia memudahkan urusannya untuk mempelajari ilmu agama Islam dengan lebih mendalam lagi.
Foto: IG Marsha Milan Londoh
"Selepas berkahwin saya masih dalam proses mengenal agama Islam dengan lebih dekat, jadi apabila bersama ibu mentua saya, proses itu menjadi lebih mudah.
"Tahun lepas pun saya berkesempatan untuk mengerjakan umrah bersama-sama keluarga mentua yang banyak dibimbing mereka.
"Semenjak tinggal sebumbung, ibu dan bapa mentua saya juga banyak menolong saya mendekatkan diri kepada agama dan Allah," katanya kepada Astro Gempak.
Foto: IG Marsha Milan Londoh
Tambah penyanyi cantik ini lagi, dia sudah terikut-ikut dengan loghat Utara yang dituturkan keluarga suaminya itu.
"Ibu mentua saya dari Kedah dan selebihnya dari Pulau Pinang, mula-mula memang kekok untuk saya memahami pertuturan mereka namun lama-kelamaan sudah terbiasa.
"Sekurang-kurangnya kalau ditawarkan watak anak mami saya sudah boleh bercakap loghat Utara," tambahnya.
Foto: IG Marsha Milan Londoh
Paling menarik bila Marsha dapat mendisiplinkan dirinya untuk bangun awal pagi untuk melakukan kerja-kerja rumah dan belajar memasak.
bagusnya Marsha ni, memang isteri solehah sungguh kan? -CARI
|