Gua di dasar laut? Hm, tentu menjadi satu pengalaman menarik dapat menyelam dalam gua di dasar laut, kan? Teruja bila melihat pemandangan indah batu-batan, stalagtit dan stalagmit yang bagaikan tirai menghiasi dinding gua. Seronoknya!
Tahu tak? Sekumpulan penyelam di perairan timur Mexico berdekatan Semenanjung Yucatan menemukan dua gua bawah laut yang ternyata saling terhubung. Mereka mengatakan bahawa gua tersebut merupakan gua bawah laut yang terbesar di dunia. Ia menyimpan banyak sejarah peradaban Suku Maya.
Penyelidik sedang mengukur jarak di dalam gua
Gran Acuifero Maya (GAM), kumpulan pengkaji sejarah Suku Maya, menemukan gua sepanjang 357 kilometer di bawah laut. Ia bersambung dengan Gua Sac Actun, yang berdiri sepanjang 263 kilometer dan berada di Pantai Tulum, pantai yang selama ini sering dikunjungi pelancong.
Kedudukan jaluran gua-gua yang mengimbau penyelidik
Foto: dailymail.co.uk
Sebelum ini, mereka juga menemukan fakta bahawa Gua Sac Actun bersambung dengan Gua Dos Ojos sepanjang 83 kilometer. Kata Pengarah GAM dan pakar arkeologi Guillermo de Anda, “Penemuan gua ini bakal memberi pencerahan mengenai sejarah peradaban Suku Maya di Mexico kepada pengkaji".
Gua terbesar menampung misteri peradaban Suku Maya
Foto: thespaces
Semenanjung Yucatan selama ini diketahui menyimpan banyak peninggalan bangunan dari peradaban Suku Maya. Ia mengandungi simbol agama. Para pengkaji yakin, masih banyak kawasan yang perlu diteroka di sana. Melalui penemuan itu, pengkaji akan dapat mengetahui jejak keturunan Suku Maya yang menjadi generasi awal penghuni Mexico.
Bentuk lanskapnya cukup memukau dan penuh misteri
Teruja pula tengok dasar laut yang begitu indah. Kalau ada peluang, nak juga berscuba-diving di situ, kan? Tak salah berangan-angan. - CARI |