View: 2084|Reply: 14
|
Sentiasa Bekerja Lebih Masa, Lagi Doktor Muda Mati Secara Mengejut
[Copy link]
|
|
Kurang sebulan selepas seorang pakar perubatan wanita maut, kini seorang doktor muda di wad kecemasan hospital di China juga menerima nasib yang sama.
Doktor tersebut maut susulan syif malam yang memerlukannya merawat sekurang-kurang 40 orang pesakit.
Xining Evening News melaporkan, doktor yang dikenali sebagai Guo Qingyuan, 43, pengsan pada akhir syif yang sibuk di Hospital Universiti Qinghai, selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas.
Guo Qingyuan, Foto: wxn.qq.com
Guo juga dilaporkan mengalami sawan dan pengsan sebelum dibedah selama empat jam, namun akhirnya gagal diselamatkan.
Tragedi ini berjaya meraih perhatian ramai pihak, yang rata-ratanya mengucapkan takziah dan menyatakan sokongan mereka kepada golongan doktor yang terpakasa bekerja sepanjang masa.
Seorang wanita berkata, “Ketika itu saya dapat lihat betapa sibuknya mereka. Kebanyakan masa tidak dapat berehat atau makan secukupnya kerana sentiasa bersedia merawat pesakit.
“Saya tabik semua pekerja perubatan,” katanya.
Guo dilaporkan sentiasa bekerja lebih masa selama tiga jam untuk memastikan tugasan diserahkan kepada rakannya dalam keadaan lengkap dan sempurna.
Pada 29 Disember lalu, seorang pakar respiratori wanita berusia 43 tahun di wilayah Shanzi meninggal dunia selepas bekerja 18 jam tanpa henti. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kesian doctor2 ni. dahlah belajar susah kerja pun susah penat segala.
tapi aliff shukri xpass spm boleh tayang reta duit segala hidup terlebih mewah.
mmg tak adil kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya... teringat ada 1 doc kt GH tahun lepas meninggal accident langgar pokok on the way balik dr syif malam.. muda lagi. mesti sebab kepenatan keje. i pray the best for all doctors. sabung nyawa nak selamatkan nyawa yg lain. kerja mulia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Liku-liku seorang doktor, kita doakan yang terbaik kepada semua doktor di dunia mendapat kesihatan yang menyeluruh untuk merawat orang ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah trend kah sekarang
Takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat doktor tersebut. Ummah tanah air Xhabis2 mencerca doktor. |
|
|
|
|
|
|
|
Berusaha menyelamatkan nyawa orang sampai nyawa sendiri yang akhirnya melayang, takziah buat keluarga beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah kalau tertengok doktor nap kat meja sekejap cepat2 amik gambar viral kat fesbuk claim doktor tak buat kerja.... |
|
|
|
|
|
|
|
zamzam: kesian doctor2 ni. dahlah belajar susah kerja pun susah penat segala.tapi aliff shukri xpass spm boleh tayang reta duit segala hidup terlebih mewah.mm ...
Kann sbb tu org kata kerja doktor ni xde life..
And nk jd doktor ni bukan sbb parents yg suruh.. Tp sbb diri sendiri yg minat n ada passion..
|
|
|
|
|
|
|
|
kan! zaman viral yg xleh bersangka baik dan berlapang dada dgn org.
Ko yg cuma tgk a snippet of that person's life sedap2 je nak kutuk macam2.
|
|
|
|
|
|
|
|
zamzam replied at 29-1-2018 11:44 AM
kesian doctor2 ni. dahlah belajar susah kerja pun susah penat segala.
tapi aliff shukri xpass spm ...
Siapa suruh belajar jadi doktor dekkkkkkkk????????? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu aku kalau pergi GH, faham doctor penat dan busy. kadang-kadang tak faham orang yang datang emergency GH n demand doctor layan diorang dengan cepat. pernah borak with satu MO ni waktu dekat GH, 18jam dah dia kerja untuk shif tu. kesian kot... memang muka nampak penat sangat... tapi terpaksa. |
|
|
|
|
|
|
|
I dulu cita-cita mmg nak jd doctor, dah nak apply med school. disebabkan mak aku nurse, dia tau doctor ni belajar susah, kerja susah terus dia tak merestui aku nak jd doctor. cari kerja lain katanya walaupun kerja tu mulia dan bertaraf tinggi di mata mak mertua |
|
|
|
|
|
|
|
Live for nothing or die for something!!” ― Rambo |
|
|
|
|
|
|
|
Jorja replied at 2-2-2018 08:48 PM
Live for nothing or die for something!!” ― Rambo
Obviously he die for something |
|
|
|
|
|
|
| |
|