CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3538|Reply: 6

Gunung Rinjani, Bukan Sebarangan Gunung Berapi. Pilihan No 1 Pendaki Di Indonesi

[Copy link]
Post time 29-1-2018 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Gunung Berapi Rinjani adalah gunung berapi yang aktif terletak di Pulau Lombok Indonesia. Letupan terakhir gunung ini ialah pada 1 Oktober 2004.

Gunung berapi ini juga merupakan antara gunung yang tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3805 meter dari permukaan laut.

Gunung Rinjani ketika meletus Oktober 2004 (Sumber: Wikipedia)




Koordinat Gunung Berapi Rinjani ialah 8o25' S dan 116o28' T. Walaupun ia merupakan gunung berapi yang aktif, tetapi ia merupakan gunung kegemaran bagi pendaki-pendaki di sini kerana keindahan pemandangannya.




Pemandangan indah di Gunung Rinjani

Gunung ini memiliki panorama yang paling menarik di antara gunung-gunung yang ada di Indonesia. Para pendaki lebih gemar untuk mendaki pada bulan Jun hingga Ogos.



Hal ini kerana sepanjang bulan ini, suhu di pergunungan ini mencecah 12 darjah selsius dan angin bertiup tidak begitu kencang.


Berbanding petengahan bulan Ogos, tiupan angin dipergunungan ini semakin kencang dan ia agak membahayakan untuk mendaki.

Pemandangan ketika memulakan pendakian (Sumber: wiranurmansyah.com)



Untuk menuju ke Gunung Rinjani, anda boleh menggunakan bas ekspres dari Jakarta-Mataram dengan menyeberang menggunakan feri (Selat Bali dan Selat Lombok). Anda juga boleh menggunakan pengangkutan udara melalui Jakarta, Surabaya, dan Denpasar.

Selain melihat keindahan puncak, para pendaki yang ke sini sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat Danau Kawah yang ada di gunung ini.



Danau Kawah (Volcanic Lake) merupakan satu kawah gunung berapi yang diliputi dengan air dan ianya berada di puncak gunung ini.


Namun, anda tidak boleh mandi di dalam kawah ini kerana suhunya yang agak panas dan airnya juga agak beracun dan mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya seperti Hidrogen Sianide, Sulfur, Karbon Monoxide dan macam-macam lagi.


Danau Kawah (Sumber: Wikipedia)



Danau Kawah (Sumber: wiranurmansyah.com)


(Sumber: wiranurmansyah.com)



Bagi anda yang hendak mencuba untuk mendaki di Gunung Rinjani, keseluruhan perjalanan untuk mendaki gunung ini mengambil masa kebiasaannya selama 3 hari 2 malam. Sudah pasti anda perlu berehat di pusat-pusat kawalan yang ada di setiap laluan pendakian.

Oleh kerana gunung ini merupakan antara daya tarikan pelancongan di sini, kemudahan-kemudahan fasiliti seperti homestay, kedai sumber bahan makanan, kedai mencari peralatan untuk mendaki dan macam-macam lagi berada di sekitar kaki gunung ini iaitu di Desa Senaru.

Jadi, anda tidak perlu risau jika anda hendak mendaki di sini. Makanya, jom! - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 01:37 PM | Show all posts
dah smpi
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gunung idaman {:love
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dah pergi 3tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 10:52 AM | Show all posts
nak pergi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2018 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mashallah bile nak pergi sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31648 Replies : 17
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 17036 Replies : 7
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78535 Replies : 89
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278341 Replies : 1521
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50437 Replies : 14
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21588 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363518 Replies : 3550
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41032 Replies : 501

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:44 PM GMT+8 , Processed in 1.420519 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list