CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 3

5 Taktik Menculik Paling Licik! Awas, Lindungi Anak Anda Daripada Menjadi Mangsa

[Copy link]
Post time 1-2-2018 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Seringkali kita mendengar pelbagai kisah sedih berkenaan ibu bapa yang kehilangan anak-anak mereka. Baru-baru ini kecoh kelibat van putih yang sinonim dengan kes-kes penculikan yang dimomok-momokkan dalam media sosial. Pelbagai agensi kerajaan telah bekerjasama untuk membentung masalah kes penculikan melibatkan kanak-kanak. Namun mengikut statistik yang dikeluarkan, hanya 24% sahaja penculik yang berpakaian mencurigakan kerana kanak-kanak sering diingatkan untuk berhati-hati ketika bersama-sama orang yang tidak dikenali dan mencurigakan. Sebenarnya, majoriti kes penculikan dilakukan oleh orang yang dikenali oleh mangsa. Di bawah adalah beberapa taktik yang boleh kita teliti untuk mengurangkan kes penculikan dalam kalangan kanak-kanak.


1. Berpura-pura sesat



Sumber: dianadelia.wordpress.com



Dengan alat dan teknologi canggih kini sudah mudah didapati dalam telefon, kemungkinan taktik ini nampak tidak lagi releven digunakan. Namun taktik ini sebenarnya telah berjaya digunakan suatu ketika dahulu. Adalah logik sekiranya penculik bertanyakan kepada orang dewasa ataupun pegawai polis trafik berhampiran kerana bertanya kepada kanak-kanak bukanlah tindakan bijak.


Harus juga diingatkan yang penculik tidak datang dalam keadaan yang selekeh dan compang camping kerana mereka tidak mahu kanak-kanak tadi curiga. Apabila tiba masanya dirasakan sesuai, berpotensi besar kanak-kanak yang ditanya tadi akan mengikut penculik kerana menyangka betul-betul penculik itu sesat dan mahu membantunya.


2. Menggunakan kanak-kanak lain sebagai umpan



Sumber: duniaranting.wordpress.com



Modus operandi bagi taktik ini sebenarnya tidak melibatkan penculik berserorangan kerana paling minima, ia akan melibatkan 2 orang atau sekeluarga. Kanak-kanak sasaran akan dibiarkan dengan anak si penculik tadi untuk bermain. Dia akan mengumpan mangsa untuk datang ke rumahnya atas alasan "banyak barang mainan lain di rumahnya," oleh kerana mereka berkawan, mangsa tidak akan langsung menyangka yang dia telah diculik kerana 'ibu bapa' penculik tadi akan ada bersama.


Taktik ini tidak akan berkesan sekiranya ibubapa mengambil berat dengan siapa anak-anak mereka berkawan. Sekiranya boleh, tahu siapa kawan-kawan anak-anak anda dan kenali jugalah ibu bapa mereka. Bukan hendak menyibuk tetapi ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga sebelum sesuatu buruk yang terjadi.

3. Kehilangan haiwan peliharaan



Sumber: aboutpetlife.com



Sebagai kanak-kanak, mereka sering dididik dengan pelbagai moral dan tatasulisa yang mulia. Namun mereka masih naif lagi untuk membezakan manusia yang baik atau buruk. Apabila diminta pertolongan, semestinya anak kecil yang mulia ini akan membantu. Modus operandi menolong mencari haiwan peliharaan yang hilang antara taktik yang senang untuk menarik mangsa.


Kejadian ini selalu berlalu dalam kawasan taman perumahan dan taman-taman permainan di mana mangsa didatangi oleh seorang individu yang tidak nampak langsung seperti mahu menculik. Menggunakan teknik ini, mangsa akan diumpan untuk masuk ke dalam kereta penculik dengan alasan untuk membantu mencari haiwan peliharaan mereka.


4. Menyamar sebagai kenalan ibu bapa



Sumber: gpsbestari.com



Taktik ini gemar digunakan oleh golongan wanita. Mereka akan memperkenalkan diri sebagai makcik dan mengaku sebagai kawan kepada ibu bapa mangsa. Tetapi, bagaimanakah si penculik ini tahu akan latar belakang mangsa sebelum diculik? Jawapannya dalam media sosial. Ibu bapa selalu menulis status berkenaan mereka dalam media sosial sehinggakan maklumat yang kecil boleh digunakan penculik untuk melakukan jenayah.


Dalam kes ini kebiasaannya mangsa didatangi selepas waktu persekolahan. Ibu bapa lambat sedikit untuk mengambil mereka dan penculik menggunakan peluang ini untuk mengaku sebagai kenalan ibu bapa mereka seterusnya mengumpan mangsa untuk menaiki kenderaan mereka. Penampilan mereka langsung tidak mencurigakan sehinggakan mangsa yakin bahawa penculik itu memang betul-betul kenalan ibu bapa mereka.


5. Mangsa media sosial



Sumber: psikologid.com



Dengan kewujudan peranti mudah alih, kesemua maklumat boleh diakses dihujung jari. Ini menyebabkan platform media sosial menjadi trend untuk mencari mangsa culik yang baru. Jika kita perhatikan, kesemua media sosial sekarang membolehkan pemegang akaun untuk mencari pengguna lain disekitarnya. Tidak mustahil sebenarnya penculik ada disekitarnya sebelum menculik.


Terdapat juga mangsa yang diajak untuk melakukan aktiviti tidak senonoh menggunakan applikasi atas talian tadi. Para penculik akan menggunakan peluang ini untuk mengumpan mangsa pergi ke rumah atau mengajak mangsa keluar sebelum menculik. Pastikan anak-anak kita berhati-hati ketika menggunakan applikasi media sosial dan kita sebagai ibubapa harus mengambil inisiatif sebelum apa-apa kejadian yang didak diingini berlaku. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2018 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn2 selalu tnya..kenapa x da gambar anak dlm fb..ig ka..aku sengih ja la..dlm hati  memg taklaaaa aku nk tayang anak dlm med soc..tp aku tau fb kindy mesti post gambaq budak2 tu masa kt skolah..aku tak suka..u see..kalau bukan parents yg post mesti ada 3rd party yg akan post gambar anak u kt medsoc..

mcm fobia..mesti pedo2 senang2 cari fb tadika2 kan..ohh nooo!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg kena berhati2 tp takde la akak rasa sampai nak post pic anak kat socmed pun tak boleh takut disalahguna. rugi je pakcik diorang beli baju kids mahal2 tak leh nak showoff di fb lolol kan. kalau kat pool pun akak ok je post pic tp takda la yg exposes.

apapun good artikel. akak pun tak brp gemar org yg suka approach babies and kids kat public ni. kalau bawak anak gi makan pun kdg2 ada yg sibuk nak pegang2 tp so far akak ok je diorang nak peluk2. kalau pangkat atuk opah  makcik2 la. kalau jantan bangla hindones tu mmg akak peluk kuat2 anak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 01:26 AM | Show all posts
orang yg dh kenal jd penculik lg bahaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.199425 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list