View: 1920|Reply: 12
|
Rasa Nak 'Meletup'? Berhenti Seketika, Hiruplah Kopi Sebab...
[Copy link]
|
|
Emosi? Ramai yang tewas, tertunduk pada emosi kerana tak semua mampu menundukkan emosi sendiri.
Ada pelbagai cara dan kaedah boleh dipraktikkan bagi mengawal emosi seseorang hingga ada yang terpaksa mendapatkan khidmat pakar bagi membantu mengawalnya.
Paling teruk adalah keadaan apabila manusia mengikut telunjuk emosi. Lihat sahajalah portal berita dan akhbar hari ini, berapa ramai yang tewas dengan emosi hingga sanggup membunuh insan tersayang?
Macam tak percaya emosi mampu mendorong seseorang bertindak agresif. Bagaimanapun, satu kajian mengatakan, kopi dapat meredakan emosi.
Ada apa dengan kopi?
Foto: comunicaffe.com
Menurut Boldsky, kopi mengandungi sejumlah neurotransmitter yang dapat mengawal mood serta mengurangkan perasaan marah.
Terdapat sejenis bahan dalam kopi bertindak sebagai mekanisme di otak yang mengaktifkan sel induk otak untuk menghasilkan neuron baru.
Jadi, boleh dikatakan secawan kopi hangat dapat meredakan rasa marah dalam diri kita, dan menyelesaikan permasalahan dengan rasional.
Apabila sedang dalam mood kecewa dan beremosi, berhenti sebentar untuk menghirup udara segar. Tarik nad=fas dalam-dalam dan nikmatilah kopi tersebut! Mudahan-mudahan, kemarahan anda juga akan mereda.
Foto: expressen.se
Harus diingat, setiap 'penyakit' berkait dengan hati selalunya berpunca daripada prasangka buruk. Lumrah manusia akan marah apabila 'hati dijentik'. Kalau anda tak pernah rasa marah, macam tak normal pula, kan? Apapun, cuba kawal emosi anda, jangan sebaliknya pula okey? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
iolss tgh beremosi atau tak mmg suka minum kopi/coffee.. tmbh2 iolss pnye tesis psal emosi.. lg brtmbh emosinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
kopi tu letak sikit je.. bukan satu sudu |
|
|
|
|
|
|
|
setengah sudu bahagi dua. ambil hujung sudu
|
|
|
|
|
|
|
|
Oooo. Ok.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya mengikut dari mana mereka berasal kalau dari barat mereka memilih kopi tapi kalau belah timur mereka lebih memilih minum tea |
|
|
|
|
|
|
|
dubuk: setengah sudu bahagi dua. ambil hujung sudu
Sikitnye. Rase ke kopi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo minum kopi pekat aku jadi bertambah emosi |
|
|
|
|
|
|
|
Unfortunately, I don't drink coffee. |
|
|
|
|
|
|
| |
|