CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 5728|Reply: 47

[Dunia] Gadis Siar Gambar 'Tinggal Tulang' Di Media Sosial Dedah Penderaan

[Copy link]
Post time 12-2-2018 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Gadis Siar Gambar 'Tinggal Tulang' Di Media Sosial Dedah Penderaan

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/02/11/gadis-kurung-kering-didera-datuk/

Diterbitkan: Ahad, 11 Februari 2018 4:14 PM

-foto AsiaWire

SEORANG wanita di Jepun yang menderita didera datuknya akhirnya mengambil langkah berani dengan menyiarkan gambar kurus kering dirinya di media sosial.

Wanita Jepun itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai 'Wild Cabbage' di Twitter berkata 10 tahun lalu dia tinggal dengan datuknya dan sering dibiarkan kebuluran.


-fotoAsiaWire

Wanita dari Kyoto itu dalam tweetnya mendakwa dia dilarang makan oleh datuknya, yang akan 'menendang perut saya' jika ditangkap sedang makan secara rahsia.

Dia kemudiannya akan meludah atau memuntahkan makanan tersebut, menurut laporan, menyebabkan berat badannya turun kepada 16.7kg.


-fotoAsiaWire

Gambar-gambar selfie yang diambil di depan cermin di rumahnya sedekad lalu menunjukkan foto luar biasa seorang perempuan yang hanya tinggal kulit dan tulang.

Dalam posting di media sosialnya, dia menggesa mereka yang menderita kerana penyalahgunaan atau mengalami gangguan makan tidak membiarkannya berlanjutan dengan menyatakan mereka harus 'meminta bantuan sebelum terlambat'.

Wanita yang hanya dikenali 'Wild Cabbage' (kiri) akhirnya pulih selepas diselamatkan. -fotoAsiaWire

Nasibnya baik kerana dia yang kini berusia 20-an akhirnya pulih, dengan pakar memberitahu dia, ketika diselamatkan berada '10 minit dari kematian'.

Dia tidak mendedahkan apa yang berlaku kepada datuknya atau sama ada terdapat saudara-mara lain yang membantunya pada masa itu. -metroUK

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2018 09:53 AM | Show all posts
tu dia..mujur sempat diselamatkan..tulang dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:13 AM | Show all posts
ermmmmmm tulangnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:15 AM | Show all posts
bulimia ke kena dera

mana satu ni

pape pun...seriously kuruih




Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
How could she move without fear of breaking her bones accidentally? Like literally a gust of wind could have send her toppling backwards. Anyway nasib baik dia sempat diselamatkan. Macam mana datuknya boleh jadi sekejam itu is beyond me.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:31 AM | Show all posts
tulang semata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2018 10:33 AM | Show all posts
Huii teruknya, kuat juga dia masih mampu nak bediri and posing.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalahh aku tak boleh tgk gmbr?? Hp masalah ke cemana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2018 10:55 AM | Show all posts
pelik jugak mkn x boleh tapi bermedia sosial boleh..sib baik berjaya diselamatkan...seram tgk camtu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:56 AM | Show all posts
dah tggl tulang br nk report ??

bkn ada henpon ke ..blh call polis/bantuan sblm tggl tulang..

ke haku yg takpaham cite..  
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa apa dia pakai ni???? Tak faham.


Dia tidak mendedahkan apa yang berlaku kepada datuknya atau sama ada terdapat saudara-mara lain yang membantunya pada masa itu. -metroUK
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 11:02 AM | Show all posts
ngeri betul
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon gambar beliau letak watermark agar tidak dicuri oleh limaunek atau produk kurus semasa sebagai testimoni gambar selepas mengambil produk
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:04 PM | Show all posts
kurus betul ni....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:10 PM | Show all posts
Kes tak jelas macam mana dia boleh jadi sampai tahap sebegitu nasib dah pulih semula
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:11 PM | Show all posts
sape yg berat 40 lbh tp kate gemuk mohon tgk pic ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat sbb die boleh berdiri lagi masa tinggal tulang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:42 PM | Show all posts
penyakit apa yang makan pastu muntahkan tu. bukan ni ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 03:27 PM | Show all posts
kesiannye...mesti ada kesan kat badan dia ni untuk jangka masa panjang.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 03:28 PM | Show all posts
gummygummy replied at 12-2-2018 12:42 PM
penyakit apa yang makan pastu muntahkan tu. bukan ni ke

bulimia kan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052449 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list