View: 6428|Reply: 25
|
Gempar! Pemain Badminton Disiasat Terbabit Rasuah Atur Perlawanan
[Copy link]
|
|
Gempar seketika arena badminton negara ketika ini apabila dikejutkan dengan dakwaan seorang pemain profesional negara sedang disiasat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana disyaki terbabit dengan skandal mengatur perlawanan.
Khabarnya, BWF sudah menggantung pemain itu bulan lalu dari menyertai beberapa perlawanan sehinggalah siasatan selesai.
Pergerakan pemain berusia lingkungan 20-an itu sudah dipantau BWF sedang Februari 2017 dan mereka membuat keputusan mengantung seketika pemain tersebut awal tahun ini selepas kegiatan itu dikatakan semakin ketara.
BWF dikatakan mempunyai bukti yang mencukupi untuk membuat dakwaan selepas pemeriksaan pada telefon bimbit pemain itu.
Foto: Carian internet
BWF memdapati kandungan mesej dalam aplikasi Whatsapp menjurus ke arah kegiatan atur perlawanan selain gaya hidup mewah pemain terbabit yang menimbulkan persoalan.
Sesi sebut kes akan diadakan BWF di Singapura hujung bulan ini yang membolehkan pemain itu membela diri.
Ini adalah kes pertama membabitkan pemain Malaysia atas dakwaan terlibat skandal mengatur perlawanan dan jika didapati bersalah boleh dikenakan pengantungan dari terlibat dalam sukan badminton seumur hidup. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha ... Tipu-tipu ala 1MDB ternyata telah menular kedalam kegiatan Sukan di Malaysia ... |
|
|
|
|
|
|
|
siapakah?
sapa2 yang terlibat benda2 tak elok
mohon delete semua wa/mesej |
|
|
|
|
|
|
|
Kat forum badminton, cuma nama Zulfadli Zulkifli dinamakan sebagai salah seorang pemain yang terlibat dalam skandal tersebut.
BWF sudah lama suspek beliau sebab beliau hidup dalam kemewahan apabila membeli sebuah kereta Mercedez baru. Khabarnya BWF menjumpai kandungan Whastapps dalam phone beliau sebagai bahan bukti.
Lagi seorang pemain masih belum dinamakan. Apapun, mereka berdua bukan wakil BAM. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah pemain yg lawan dgn dia tu tak sehebat dia semata2 nk fixing match?
in the end akan bertemu gak dgn giant killers
|
|
|
|
|
|
|
|
dari 2014 lagi buat dajal, patutlah tak mau join BAM..
adekah 'jurulatih' dia jugak terlibat sama? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada pihak tertentu cakap isu video seks DLCW tu cumalah sebuah publisiti murahan DLCW mempromosikan filem akan datang beliau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mod Dauswq, bukan kah jurulatih beliau ialah ayahnya sendiri?
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg layak pun kena bambu..
skrg dh ade coach misbun sidek, tak de sebab dia tak mau work under BAM..
memandangkan dia dh buat 'match-fixing" sejak 2014, so bukan isu ego lah dia tak nak berada bawah BAM..
tp sbb duit kerana dibayar oleh booker match fixing ni
btw ade sorg lagi suspek:
either antara 6-7 org di bawah ni.
List of independent msia players
1. Zukifli. .. Already confirmed
2. Chong wei fong
3. Darren liew
4. Hoo tian how
5. Lim khim wah
6. Tan boon heong
7. Koo kien keat. . Already retired.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg ayahnye sendiri sbb tu aku letak 'jurulatih'
aku curious dia begitu tegar sgt nak berlatih bawah didikan 'jurulatih' tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Katakan ZZ betul-betul terlibat dalam skandal match fixing semenjak tahun 2014, maknanya kehebatan sebenar ZZ tidak ditonjolkan kepada peminat badminton di seluruh dunia. Jika beliau diterapkan dalam BAM semenjak dahulu dan tanpa skandal ini, mungkin dunia akan melihat ZZ yang berbeza.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku suspek no. 6 atau no. 7
Sbb prestasi diorg terus jatuh sejak all england ker ape thn 2012 dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 14-2-2018 11:00 PM
Katakan ZZ betul-betul terlibat dalam skandal match fixing semenjak tahun 2014, maknanya kehebatan ...
Yup booker match-fixing ni target pemain yg rising dan ade potential. Dan semenangnya kita tahu dia akn menang nnt.
Zz ni dh pernah kalahkan victor axelsen dulu, mmg agak pelik lah camne dia leh asyik tersungkur beberapa kali masuk tournament, something yg org tak leh terima?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi salah seorang dari mereka menjadi gemuk sangat untuk bermain badminton. Mungkin bukan suspek.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan? ZZ bukan pemain calang-calang satu ketika dahulu (Juara Remaja dengan mengalahkan VA). Macam mana boleh teruk prestasinya beberapa tahun selepas itu manakala VA terus menjuarai WC, dan pemenang gangsa OG2016, dan sekarang pemain nombor satu dunia.
Kalau Lin Dan, DLCW dan CL yang prestasi dorang sangat teruk kebelakangan ini kita boleh terima sebab faktor usia. Tapi ZZ muda sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 14-2-2018 11:03 PM
Tapi salah seorang dari mereka menjadi gemuk sangat untuk bermain badminton. Mungkin bukan suspek. ...
Sape lagi bertanding thomas cup dan skrg umur dlm 30-an ?
Adakah gemuk sbb makan duit haram byk sgt
Yg gemuk tu kkk atau tbh ? |
|
|
|
|
|
|
|
Klu Klux Klan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|