Umum tahu, banyak kaedah boleh digunakan untuk mengenal pasti personaliti dan karakter setiap individu. Dalam pada itu, banyak aspek dan faktor diambil kira untuk menentukannya, antaranya waktu kelahiran si jantung pengarang hati.
Tahukan anda? Waktu lahir anak anda juga merupakan satu aspek yang boleh mempengaruhi personaliti anak anda. Tidak percaya? Jom lihat artikel yang dipetik dari BlogMazeer.com ini.
1) Waktu subuh (Jam 5 - 7 pagi)
Foto: Flipboard.com
Anak bersifat sangat lembut dan berpakaian rapi selain peramah, rendah diri dan akhlak yang sopan. Mereka yang lahir pada waktu ini juga bersifat murah hati dan ringan tulang.
2) Jam 7 - 9 pagi
Foto: Open-one.it
Anak bersifat keras hati dan kurang sabar. Tapi, selain dari bercita-cita tinggi mereka juga memiliki komitmen dan harga diri yang tinggi seterusnya mempunyai masa depan yang cerah.
3) Jam 9 hingga 11 pagi
Foto: Yourbabyspa.com
Anak bersifat ceria dan mampu memeriahkan suasana. Bagaimanapun, mereka pandai menyimpan perasaan serta bersifat tenang.
4) Jam 11 pagi
Foto: Pinterest
Sentiasa bertenaga! Banyak stamina macam nak jadi atlet saja gamaknya. Selain suka meneroka dan murah hati, mereka juga bersifat kekeluargaan dan setiakawan.
5) Jam 12 - 1 Petang
Anak sangat aktif dan susah nak duduk diam. Bukan itu sahaja, mereka bercita-cita tinggi dan sangat bertanggungjawab.
6) Jam 2 - 5 petang
Bersopan santun, ramah, tenang dan lembut. Lembut bukan bermakna kalah, mereka akan mempertahankan diri apabila sedar bahawa dirinya diperlakukan dengan buruk.
7) Jam 5 - 7 malam
Foto: Bryanfagan.com
Mempunyai keperibadian terbuka, sayangnya kurang bersabar dan cenderung untuk melawan. Sukakan gaya bergurau dan tegas saat sedang serius.
8) Jam 7 hingga 8 malam
Sentiasa jujur dalam membantu orang lain dan tidak cerewet dalam menerima apa sahaja dalam hidupnya serta membesar menjadi seorang yang penuh empati.
9) Jam 8 hingga 12 malam
Foto: Parentlane
Lahir pada waktu malam menyatakan bahawa mereka memiliki kepercayaan diri yang tinggi dan bersemangat.
10) Jam 8 - 10 malam
Seorang yang tegas dan mementingkan kesempurnaan disamping suka membantu orang lain.
11) Jam 10 hingga 12
Foto: christianitymalaysia.com
Seorang yang periang disamping sangat menghargai kreativiti dan pantang menyerah untuk mendapatkan apa yang diingininya
12) Jam 12 malam - 4 pagi
Keperibadian yang agak sentitif dan penuh dengan imaginasi.
13) Jam 12 malam - 2 pagi
Foto: secureteen.com
Mudah percaya dan berkawan dengan orang lain. Mempengaruhi orang untuk menjadi positif dan suka berkongsi pengetahuan serta sangat mementingkan keluarga.
14) Jam 2 - 4 pagi
Foto: Rjeem.com
Selain mahir berkomunikasi, mereka juga penuh dengan rasa ingin tahu. Mereka akan berusaha keras demi kejayaan.
Mungkin ada yang benar dan jauh dari sikap sebenar anak anda. Apapun, semoga anak anda membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna kelak! - CARI |