CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3508|Reply: 13

Salah Eja Perkataan Bahasa Inggeris Pun Dikecam, Kesian Aktres Mesir Ini!

[Copy link]
Post time 20-2-2018 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Sedar atau tidak, mungkin ada Grammar Nazi di kalangan rakan-rakan laman sosial anda. Ada sahaja ayat atau perkataan yang kita tulis dibetulkannya.

Pasti sakit hati bila berdepan situasi sedemikian. Tapi, relakslah. Kitakan manusia biasa, pasti melakukan kesalahan. Jadikan aktres dari Mesir ini sebagai contoh.







Memetik Step Feed, Ghada Abdelrazek mencetuskan kekecohan di laman sosial baru-baru ini, kerana salah mengeja perkataan bahasa Inggeris.

Semuanya bermula apabila Ghada memuat naik sebuah gambar dengan kapsyen "Selamat pagi, inilah sarapan saya sekarang (brkfast naw)".








Apa lagi, tak lama selepas posting berkenaan dimuat naik, terus Ghada menjadi bahan jenaka.

"Apa ni? Ada bahasa baru yang kita tak tahu ke? Tak fahamlah.

"Anda dah merosakkan bahasa Inggeris.

"Naw Ghada, Naw?

"Itu bahasa Inggeris ke?"
tulis netizen.







Amboi, marahnya netizen. Mana tahu, mungkin Ghada sengaja mengeja perkataan berkenaan dengan salah untuk meraih lebih banyak komen pada postingnya.

Relakslah, ramai sahaja yang gemar berbuat demikian supaya lebih santai. Jangan serius sangat! Pun begitu, ramai juga yang membetulkan ejaan Ghada itu.

"Salahkah kalau menulis dalam bahasa Arab?

"Tulis sajalah dalam bahasa Arab supaya tak memalukan diri sendiri begini,"
komen netizen.








Ingat di Malaysia saja ada makcik pakcik bawang? Di Arab pun ada juga tau!

Walaupun atres itu sudah membetulkan ejaannya, mereka tetap 'membahannya'.




Foto: IG Ghada/Step Feed




Aduhai, parah netizen ni. Adakah Ghada ini sama nasibnya dengan Fathia Latiff yang sering dikecam di atas setiap tingkah lakunya. Tak kiralah sama ada yang baik, mahupun yang kurang baik? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik kepam bawang versi arooobbb.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik ankel bawang klu masuk forum sini sure fengsannn....not just misspell in english we awso purposely misspell our bahasa.....hewhewheww {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..kesian..biasa le tu typo..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 07:45 PM | Show all posts
hurmmm...pakaian very the naw...bole lak pakai camne di sana ek, klu kat sini makcik2 bawang akan teguh bersama mengutuk pakaian depa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
So waaaaat?
Gigih pula kita nak puaskan hati semua org. Polis moral, doktor online, setazah semua wujud laksana cendawan tumbuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Rainrein replied at 20-2-2018 06:41 PM
Acik kepam bawang versi arooobbb.

bukan vesi dak dak wcet juga ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya dia betulkan balik. Just to please acik pakcik bawang. Kosser.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 07:46 AM | Show all posts
Hahahaha. Kelakar pula part dia edit tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 20-2-2018 07:59 PM
So waaaaat?
Gigih pula kita nak puaskan hati semua org. Polis moral, doktor online, setazah semua w ...

Setuju..skrg semua golongan aktif kat socmed..
Bnda belum ada kesasihan pun ramai nk bg statement masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 09:36 AM | Show all posts
setiap negara ada acik and pakcik onion yach!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 09:48 AM | Show all posts
Rainrein replied at 20-2-2018 06:41 PM
Acik kepam bawang versi arooobbb.

ternyata bertebaran di muka bumi...dari perlis sampailah ke sabah, dari arob sampailah ke zimbabwe
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:22 PM | Show all posts
tu belum baca ayat budak2 wechat..sure ikut sewel masing2!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
takde beza Malaysia dengan Egypt ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066988 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list