View: 3354|Reply: 31
|
Isteri Dilarikan Pekerja, Lelaki Diugut Bayar RM100,000
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki diugut untuk membayar RM100,000 jika mahu isteri yang dipercayai dilarikan pekerjanya dikembalikan kepadanya.
Memetik Harian Metro, Lim Seng Lee, 38, juga pemilik pusat aksesori kereta di Bukit Mertajam tinggal di Taman Tenang bersama isteri, Tran Thi Dieu Huong, 29, yang juga warga Vietnam.
Foto: Harian Metro
Menurut laporan, sebelum kejadian mangsa meninggalkan isterinya di rumah untuk keluar minum bersama rakan kira-kira jam 10 malam pada 4 Februari lalu.
Malangnya, sebaik pulang ke rumah pada jam 2 pagi, dia dapati isterinya hilang bersama barang kemas serta beberapa barang berharga lain, kata Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Pulau Pinang, Gui Guat Lye.
“Selain barang berharga, pasport, beg pakaian serta wang tunai RM30,000 juga hilang.
“Dia yang risau dengan keselamatan isterinya membuat laporan polis pada keesokan hari,” katanya kepada Harian Metro.
Bagaimanapun, pada 6 Februari lalu Lim menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali meminta RM100,000 sebagai wang tebusan untuk membebaskan isterinya.
“Keesokan hari dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang dikenali memberitahu dia akan mendapatkan kembali isterinya dan meminta upah RM400.
“Selain itu, dia berkata, lelaki yang dipercayai pekerjanya itu tahu di mana lokasi isterinya berada dan meminta Lim tidak membesarkan perkara ini,” katanya.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid kes disiasat mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Selain barang berharga, pasport, beg pakaian serta wang tunai RM30,000 juga hilang
Bini laki dengan lelaki lain ker ni? Sambil nak peras duit laki? |
|
|
|
|
|
|
|
pok ya chong codei kata dah...jangan dok cari bini lari.... |
|
|
|
|
|
|
|
bini dia pun sama la tu..
entah ada bf sama bangsa agaknya..
kawin takat nak pr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Percayalah sangat dengan bini Vietnam. ..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dilarikan kenapa siap bawak beg baju? |
|
|
|
|
|
|
|
vietnam
ntah2 sama naik lari dengan staff tu jugak
dah selamat sampai hanoi dah kot |
|
|
|
|
|
|
|
Passport pun hilang.....
Apa lah kau nk kecoh apek....kawin lg satu dgn org vietnam jugak....kelam kabut bini kau balik cari kau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kes-kes isteri warga Vietnam melarikan diri memang sering berlaku. Ada yang bawakan bayi sekali.
Jejaka-jejaka Cina tempatan harus berhati-hati sekiranya berfikir mahu berkahwin dengan gadis Vietnam.
Ada di antara mereka sebenarnya dah ada suami dan anak-anak di kampung halaman dorang. Mereka ke sini cuma cari mangsa saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam sajat pulak aku tgk muka bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak laku sangat ke sampai terpaksa cari isteri warga lain?
Hari tu kat hospital pun i nampak satu couple ni..
Suami apek tua dekat 60 tahun dengan isteri mungkin Indon kot dan anak kecik umur kurang setahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
muka sajat memang digemari ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Jejaka-jejaka Cina tempatan harus berhati-hati
ya ampun aku TERbaca, "jejaka-jejaka cina Tampan"
|
|
|
|
|
|
|
|
cm muka sajat |
|
|
|
|
|
|
|
kahwin pakai khidmat agenci mencari jodoh ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt menipunya..kene wat lari dgn pekerja konon..selamat kene tipu jer laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
sbb belanja kawen murah sis...menurut kawan cina i, berabis takat 5-6 ribu je kalu kawen dgn pompuan vietnam berbanding kawen pompuan cina tempatan...ni rate 10tahun lpas..skrg xtau la plak..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah bawak brg kemas, pasport dan beg tu, mcm lari je.
gambar tak filter takde ke?lol
kekdg jenuh sgt dok post gmbr yg dah edited, kalau org guna gmbr tu nak cari, lain betul drpd muka sebenar camne nak jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 23-2-2018 04:50 PM
sbb belanja kawen murah sis...menurut kawan cina i, berabis takat 5-6 ribu je kalu kawen dgn pompu ...
Ingatkan Melayu je hantaran belas puluh riban...
Nasib la kan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|