View: 2190|Reply: 5
|
Kenapa Politikus Wanita Berambut Pendek? 4 Alasan Terakhir Tu Anda Pasti Tak Per
[Copy link]
|
|
Berambut pendek bukan sebab fesyen, tapi lebih pada kredibiliti diri.
Itu yang diulas oleh pemerhati politik terhadap senario politik dunia. Bermula dengan Senator Amerika Syarikat, Hillary Clinton, Kaunselor Jerman, Angela Merkel hinggalah Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani dan tidak lupa bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz – semuanya berambut pendek.
Majalah Vogue menyifatkan gaya rambut seperti ini sebagai pob. Bukan ‘posh bob’ yang dipopularkan oleh Victoria Beckham, tetapi kependekan dari perkataan political bob.Hillary Cinton
1) Lebih ringkas
Nampaknya Pob sengaja dipilih politikus wanita kerana ia memberi impak yang berlawanan dengan rambut panjang, yakni lebih ringkas dan tidak memerlukan banyak rawatan.
Tidaklah bermakna mereka abaikan penjagaan rambut, malahan Hillary Clinton sendiri memperuntukkan penata rambut khas yang sentiasa bersedia 24 jam untuk menjaga rambutnya. Wow! Kita pun tak mampu begitu kan?
Nurul Arifin
2) Lari dari klise
Rambut pendek juga dianggap mampu mengalihkan pandangan feminin masyarakat terhadap mereka. Sebalinya mencipta kesan formal dan setara dengan politikus lelaki.
3) Bijaksana
Betul ke rambut pendek Nampak lebih pandai? Tapi itu yang berlaku disekeling orang politik. Mereka yakin rambut pendek menampakkan ahli politik wanita lebih bijaksana dan mampu bersaing didominasi oleh lelaki
Mara Carfagna - dulunya model Itali ketika berambut panjang
Kini berambut pendek. Semua foto: Carian internet
4) Non seksual
Ya, ini alasan terbaik ahli politik Itali, Mara Carfagna yang mahu dipandang dari kecerdasan bukannya paras cantik dan tubuhnya yang seksi. Maklumlah sebagai bekas model, rambutnya adalah mahkota namun tidak mahu dilihat sebagai objek seksual, beliau memotong rambut eksotiknya kala memangku tugas kontroversi itu.
Tapi betul juga bila dikait dengan dunia sebenar - terutamanya wanita yang berambut panjang ketika anak dara akan berambut pendek selepas berkahwin. Adakah kerana mahu dipandang setaraf oleh suami? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
akhirny aku jumpa formula nak ngelak fall in love ngaan staff sendiri{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
Rambut pendek low maintenance..senang jaga ok. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dyana sofya ngan teresa kok rambut panjang |
|
|
|
|
|
|
|
i mcm setuju dgn semuanya... mmg nampak elegen n berkeyakinan ahli politik yg berambut pendek nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
I baru potong rambut posh bob.Setelah bertahun2 setia dgn rambut panjang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|