View: 1771|Reply: 11
|
Bakar Rumah Mertua Sebab Isteri Tak Nak Balik
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki bertindak membakar rumah bapa mertuanya dengan membaling botol berisi petrol.
Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di Kampung Melikai, Menumbok, Beaufort, pada jam 10.05 malam Khamis lalu. Difahamkan, suspek, 34, bertidak demikian akibat berang selepas isterinya enggan pulang ke rumah.
Kejadian menyebabkan pintu rumah dan kerusi terbakar, manakala lapan penghuni termasuk isteri dan dua anak suspek bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan.
Foto: BH Online
"Ketika pengadu (isteri suspek) menonton televisyen bersama kakaknya di rumah bapa mereka, tiba-tiba terdengar pintu dibaling sebelum api marak menyebabkan mereka menjerit dan berlari keluar untuk memadam kebakaran.
"Tiada sebarang kecederaan berlaku ke atas semua penghuni di rumah itu dan api berjaya dipadam," kata Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak.
Tambahnya, hasil pemeriksaan di lokasi menemui dua botol berisi petrol.
"Hasil soal siasat ke atas saksi mengatakan melihat seorang lelaki yang dikenali datang ke rumah pengadu 9.50 malam dalam keadaan mencurigakan. Lelaki itu adalah suami kepada pengadu.
"Siasatan lanjut mendedahkan pengadu dan suaminya mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.
"Suspek sebelum ini pernah memukul isteri dan mengugut untuk mati bersama jika tidak mahu pulang bersama suspek," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
padan la bini nak cerai tak mo balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik laa nak bercerai..kalau gini gayanya..mau mati kene bunuh ngan laki... |
|
|
|
|
|
|
|
jantan hanat ni bila dah jatuh hukum nanti, jangan dihantar ke penjara tapi dihantar ke zoo. bagi dia duduk satu cage dengan harimau atau buaya |
|
|
|
|
|
|
|
memalukan kaum je mamat nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah diceraikan sahaja lelaki mental seperti ini. Syabas kepada pihak isteri tersebut kerana berani mempertahankan hak sebagai manusia, wanita dan isteri. Semoga bertabah dan dipermudahkan urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak mati , mati je La sendr nk mati sama2 x dpt pg bakar Rumah org. Mmg radar jatan x gune |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk penjara pun berapa tahun sangat...dah keluar buat khianat lagi dan lagi...kasi pancung terus |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur dia selamat kan diri dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut bini ko x mo balik oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
| |
|