Kita seringkali mendengar nama lip gloss terutama sekali wanita. Dan mungkin masih ada yang tak tahu apa itu lip gloss?
Lip gloss adalah alat kosmetik yang mampu menciptakan efek berkilau pada bibir. Selain membuat bibir anda berkilau, lip gloss juga mampu melembapkan bibir kita.
Bahan-bahan yang terdapat di dalam lip gloss dikatakan mampu menghindarkan bibir anda daripada menjadi kering dan menggelupas.
Seperti yang kita tahu, harga lip gloss di pasaran tidaklah murah, apatah lagi yang berjenama terkenal.
Kita juga tidak digalakkan untuk menggunakan lip gloss yang murah kerana terdapat bahan yang dapat memberi kesan buruk kepada bibir kita seperti mengalami alergik.
Pernah tak terfikir nak buat lip gloss sendiri di rumah? Jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya:
Bahan-bahan:
Vaseline Petroleum Jelly
Minyak zaitun
Eyeshadow
Cara-cara untuk membuatnya:
#1. Letak 1 sudu Vaseline ke dalam bekas kaca.
#2. Tuang 1 sudu minyak zaitun bersama Vaseline.
#3. Gaul sehingga rata.
#4. Masukkan ½ sudu eyeshadow (warna pilihan anda)
#5. Gaul kesemua bahan sehingga rata.
#6. Akhirnya, masukkan campuran bahan-bahan itu ke dalam bekas kecil atau bekas lama lip gloss anda.
Dah siap! Cuba ratakan lip gloss di bibir anda dan lihat hasilnya.
Vaseline dan minyak zaitun mempunyai manfaat yang mampu melembapkan bibir anda.
Bibir anda akan menjadi semakin merah secara semulajadi setelah kerap menggunakannya. Jika bibir anda mengalami efek iritasi atau alergik setelah menggunakannya, anda boleh menggantikan eyeshadow dengan bahan yang lain.
Jangan lupa kongsikan hasilnya dengan kami, ye!-CARI |