CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2412|Reply: 7

Kisah Banduan Lari Dari Penjara, Anda Mungkin Tak Percaya Apa Yang Mereka Lakuka

[Copy link]
Post time 27-2-2018 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Tempat tinggal penjenayah mestilah dalam penjara kan? Dengan pelbagai kesalahan jenayah yang mereka lakukan, penjara bukan tempat untuk bersuka ria sebaliknya ia berfungsi sebagai tempat pemulihan kepada penghuninya. Namun ada sesetengah penghuninya tidak dapat menerima hakikat dan berusaha untuk keluar. Di bawah adalah beberapa kes-kes kontroversi banduan lari penjara yang paling popular.


1. Amarah Tanjung Gusta


Sumber: nasional.republika.co.id


Siapa tak marah kalau dinafikan hak keperluan asas seperti elektrik dan air. Pada tahun 2013, seramai 200 orang dari penjara di Medan, Indonesia telah melarikan diri selepas mereka tidak mendapat bekalan air dan elektrik yang mencukupi. Banduan tadi membakar pejabat dan seramai 15 orang pegawai penjara masih ditahan sewaktu insiden. Ada di antara banduan yang terperangkap dalam kebakaran dan meninggal dunia di tempat kejadian. Walaupun selepas penjara tersebut dibakar dan ada yang terlepas, seramai 500 banduan lain masih di dalam penjara dan meneruskan rusuhan.


2. Ekstradisi nakal Brazil


Sumber: mirror.co.uk


Cerita ini berlaku di Brazil pada tahun 2015 apabila 2 orang wanita berpakian polis seksi muncul di penjara Mato Grosso di Brazil. Terpedaya dengan penampilan mereka, pegawai yang bertugas bertindak membenarkan mereka kedalam penjara selepas diyakinkan yang mereka akan melakukan seks beramai-ramai di berek mereka. Pegawai tersebut diberikan dadah, dibogelkan dan digari dan dalam masa yang sama, wanita lagi satu membuka kunci kesemua banduan dalam penjara itu. 26 banduan berjaya lari dan membawa bersama 3 senapang, 2 pistol dan peluru dari stor simpanan.




3. Rusuhan Libya


Sumber: thewire.in


Berikutan bantahan penduduk di Benghazi pada tahun 2013, seramai 1,200 banduan dari penjaran Al-Kwyfah di bebaskan. Dilaporkan juga para penduduk berdekatan dengan penjara menyerbu masuk penjara tersebut kerana mereka tak mahu banduan terlepas. Tidak dapat dipastikan juga sama ada rusuhan bantahan terjadi dirancang dengan sengaja untuk membantu bantuan melarikan diri, atau sebaliknya.


4. Mandian Kebebasan Haiti


Sumber: voanews.com


Para banduan dilaporkan menyerang para pegawai penjara di Haiti. Seramai 174 banduan merusuh dan meloloskan diri sambil mengambil senjata api dan peluru pada tahun 2016. Seorang banduan dan pegawai penjara ditempak mati semasa sesi pertempuran mereka. Pengecaman banduan agak susah dilakukan selepas mereka terlepas penjara kerana para banduan memakai pakaian biasa berbanding unifom penjaran. Ada banduan yang meninggalkan sandal mereka ketika meloloskan diri dan tidak juga mengambil peluang untuk mandi selepas merusuh sebelum lolos. Mahu wangi sikit sebelum bebas katanya.


5. Kekangan penjara Sarposa


Sumber: njherald.com


Banyak sudah kita terima berita berkaitan penjara yang daif dan kekurangan kemudahan lain. Begitu juga kisah penjara Sarposa di Kandahar, Afganistan. Penjara ini menerima 2 kes besar banduan terlepas berikutan serangan pada tahun 2008 dan galian terowong bawah tanah pada tahun 2011. Insiden pertama melibatkan serangan Taliban menyebabkan hampir kesemua banduan dapat melepaskan diri. Kes terowong bawah tanah melibatkan ramai banduan dan ada juga mengatakan ada pegawai penjara terlibat kerana terowong 350m tidak akan terhasil dengan sempurna jika tiada bantuan pihak 'dalaman'. Terowong itu melibatkan penggunaan elektrik, pengudaraan dan struktur binaannya seolah-olah mendapat nasihat seorang jurutera. Bukan orang bodoh masuk penjara! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2018 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
wow...yg last tu mcm prison break sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya yg mati terbakar tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat movie lama the Shawshank Redemption. Sedih ya 1st time tengok hati brdebar debar ingatkn banduan tu gantung diri tup tup {:run
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pilem omputeh
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pilem omputeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2018 02:15 PM | Show all posts
cilakak betul yg brazil tu
tak agak2 warden tgk betina seksi
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2018 02:18 PM | Show all posts
Yang pasti bila berlaku pasti ada rusuhan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.135916 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list