View: 2465|Reply: 6
|
Elak Makanan Ini Jika Nak Dating Kalau Tak Nak Lepaskan Gas Beracun Tanpa Henti!
[Copy link]
|
|
Perut sebu dan kembung? Kemudian rasa nak buang angin tak henti-henti. Adakah sebab makanan semata-mata?
Gas di dalam perut atau usus datangnya dari udara yang kita telan dan proses penghadaman makanan tertentu oleh bakteria yang memang wujud secara semulajadi di dalam usus besar. Ada tak cara nak kurangkan kentut?
Udara yang kita 'telan' mungkin kerana kita kerap menelan air liur yang membawa buih-buih udara; ubat titik ke dalam hidung juga menyebabkan lebihan air liur; menghisap cerut atau paip; makan terlalu cepat boleh menambah udara ke dalam perut; mengunyah gula-gula getah atau mengulum kandi keras. Kebanyakan makanan yang tinggi karbohidrat boleh menyebabkan gas terperangkap berbanding makanan tinggi lemak dan protien.
Kentut masalah universal yang boleh jadi bahan gelak atau bahan gaduh.
Makanan Menyebabkan Gas Termasuklah:
Kekacang atau biji-bijian boleh dikurangkan efek gas dengan merendamnya di dalam air. Buangkan air rendaman dan rebus empuk menggunakan air bersih. Jika membuat bubur kacang hijau, masukkan beberapa hirisan halia untuk mengurangkan kembung perut.
Sayur-sayuran seperti artichokes, asparagus, brokoli, kubis, Brussels Sprouts, bunga kubis, timun, cili benggala hijau, bawang besar, lobak (radish), seleri dan lobak merah.
Antara sayur-sayuran yang tambah gas dalam perut dan usus.
Foto: SlideShare
Buah-buahan seperti epal, pic, kismis, pisang, aprikot, jus prun dan pir.
Bijirin (whole grains) dan bran (serat gandum) perlu dimakan sedikit demi sedikit untuk mengurangkan potensi gas berlebihan. Maksudnya, jangan ambil terlalu banyak pada satu masa. Tambah hirisan buah-buahan segar dengan dadih jika ingin menikmati sarapan sihat.
Biji-bijian menyihatkan tetapi awas.
Foto: HealthyFoodGuide
Minuman berkarbonat mengandungi terlampau banyak gas. Untuk mengurangkan gas, buka penutup dan biarkan karbonat atau gas keluar sebelum meminumnya.
Susu dan produk susu seperti keju dan aiskrim. Elakkan makan kalau nak pergi dating, okey.
Produk bakeri lazimnya ada yis, serbuk penaik, krim tartar dan soda bikarbonat yang berasid atau beralkali.
Foto: GlobalFoodTechnology
Produk tenusu boleh buat anda melepaskan angin tanpa henti.
Foto: ABCNews
Makanan dalam paket yang dicampurkan dengan laktosa, seperti roti, bijirin sarapan seperti emping jagung, emping gandum (cereal), dan pencecah salad (dressing) misalnya mayonis.
Makanan mengandungi sorbitol, misalnya makanan untuk berdiet dan kandi serta gula-gula getah tanpa gula.
Sebenarnya, lain orang lain kandungan asid di dalam perut. Elakkan makanan beralkali kalau perut berasid kerana inilah penyebab utama kembung (dan menambah kentut), begitu juga sebaliknya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
the awkward moment when u think u do a silent fart and it comes like a machine gun kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
brokoli, lobak merah, saderi semua aku sumbat dalam bubur baby... patutlah anak aku kentut sokmo tanpa segan silu |
|
|
|
|
|
|
|
haiyooo
malu nye klu kena mcm tu
klu jenis silencer
blh lh lagi buat tenging je
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak kentut x selesa pula perut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh kuih kasui tak masuk list ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|