CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1275|Reply: 5

[Tempatan] Pakar ekonomi saran mahasiswa jadi tukang cuci di universiti

[Copy link]
Post time 6-3-2018 10:43 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang pakar ekonomi mencadangkan mahasiswa bekerja sebagai “floor engineer” atau tukang cuci di universiti untuk menjana pendapatan sampingan.

Pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari, berkata cadangan itu menguntungkan kedua-dua pihak kerana universiti yang menghadapi pemotongan peruntukan kerajaan boleh mengoptimumkan kapasiti mahasiswa yang ingin mencari kerja sampingan.

“Apa yang saya nampak sekarang, kalau dekat Universiti Putra Malaysia pagi-pagi, ibu-ibu dan bapak-bapak dari Indonesia selesai sahaja azan subuh di masjid, dia dekat luar cuci.

“Jadi, saya punya salah satu pendekatan gantikan mereka ini dengan mahasiswa. Mesti ada mahasiswa yang nak bekerja, ke anda tak nak bekerja?

“Kalau saya diberi peluang, saya pun nak kerja jadi ‘floor engineer’. Sihat pun sihat, naik 3 tingkat, turun ke bawah seronok juga,” katanya dalam Forum “Dilema Poket Mahasiswa” di Hub Teach For The Needs (TFTN) di Bangsar, malam tadi yang turut disertai seorang lagi panelis, iaitu Pengarah Urusan DM Analytics, Dr Muhammed Abdul Khalid.

Yusof berkata, cadangan berkenaan boleh mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan pengaliran keluar wang ke negara lain.

“Ini saya nampak di universiti boleh dibuat. Kalau fakulti saya bayar RM200,000 setahun untuk kos penyelenggaraan, cuci (dan) duit kita (ini) dibawa oleh ibu-ibu, bapak-bapak ke seberang.

“Daripada kita bagi kepada mereka, kita juga boleh jimat, kita upah mahasiswa buat. Kenapa tidak memikirkan perkara-perkara tersebut kepada pihak universiti,” soal panelis forum itu.

Katanya, amalan itu boleh dilihat di universiti luar negara yang membenarkan mahasiswanya bekerja separuh masa.

“Sebenarnya, kalau tanya pensyarah-pensyarah (atau) sesiapa yang belajar di luar negara, universiti luar negara benarkan mereka bekerja ‘part time’.

“Banyak daripada mereka menjadi ‘floor engineer’ atau tukang cuci.”

Sementara itu, Yusof menyarankan kerajaan melaksanakan mobiliti buruh antara negara yang dapat menjimatkan dana negara.

“Maksudnya kita kekurangan doktor sekarang dekat hospital, kita jangan habiskan duit rakyat, duit kerajaan latih doktor baru ke luar negara, tapi kita import dari negara luar yang dah bersedia masuk ke Malaysia.

“Jadi, kita dah jimat kos kerajaan membiayai pendidikan, subsidi dan sebagainya.”

Beliau memberi contoh Singapura yang menggunakan kaedah itu.

“Kawan saya belajar di Belanda, dia sarjana dekat Universiti Malaya, buat PhD di Belanda, dia dibiayai kerajaan Belanda, biasiswa Belanda.

“Bila dah habis, dia bekerja di Singapura. Singapura yang dapat keuntungan. Singapura tak bayar 1 sen pun dekat dia. Graduan Singapura yang untung. Kita cuba guna model tersebut.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2018 11:21 AM | Show all posts
mauuu keeee.....

memang byk pelajar malaysia yg jadi 'floor engineer' ketika belajar di luar negara

tapi tapi tapi....tengok la tandas kat sini....aku rasa sebab tuh deme x sanggup...

gaji tukang cuci di sana pon bukan banyak mana....dapat la dalam 200-300 lepas tolak cukai

kebanyakannya buat dua tiga kerja...baru cukup  katanya (untuk yang berkeluarga)...single cukop la kot

itu yang aku dengar la....tapi aku dengar ada yg dapat banyak..ntah la xtau...sb x pernh experience....just dgr je....

sapa yang pernah bekerja sebagai 'floor engineer' di luar negara cer kongsi sikit pengalaman.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai lg warga asing yg patut dihalau kluar
Bikan takat pencuci je
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 12:38 PM | Show all posts
merrissa replied at 6-3-2018 11:21 AM
mauuu keeee.....

memang byk pelajar malaysia yg jadi 'floor engineer' ketika belajar di luar nega ...

tandas di europe tak macam sini. sini manjang basah becak je. sana tandas kering.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 12:41 PM | Show all posts
kakak n abang iparku antara yang menjadi floor engineer ni. okay la, diorang kata gaji tu lepas la nak beli toys n bayar school fee anak-anak
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju tapi salary paid mestila sama atau lebih dari tukang cuci indon skrg. Jgn kau igt depa student ko, ko bayar wang ehsan plak .
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.049561 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list