View: 9167|Reply: 115
|
[Tempatan]
Pengemis 'sedih' RM10,000 sebulan, korang mampooo????
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Dengan bermodalkan wajah sedih, setiap pengemis yang aktif di persimpangan lampu isyarat di bandar ini dipercayai mampu meraih RM300 sehari atau RM10,000 sebulan.
Mereka juga sering berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain dan menjalankan kegiatan itu pada waktu tertentu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, berdasarkan siasatan, golongan terbabit melakukan kegiatan itu berikutan masalah kewangan.
“Ini termasuk tidak mempunyai pekerjaan tetap, ketagihan alkohol dan bekas penagih dadah.
“Mereka memilih untuk melakukan aktiviti mengemis di lampu isyarat kerana mampu mendapatkan hasil lebih lumayan.
“Malah, lokasi berkenaan juga lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri jika terserempak dengan kenderaan penguat kuasa terutama ketika berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya.
Mengulas lanjut, Normawarni berkata, pihaknya menerima 10 aduan orang awam berkaitan aktiviti mengemis di persimpangan lampu isyarat di beberapa lokasi di bandar raya ini, sejak tahun lalu hingga Januari tahun ini.
Beliau berkata, berdasarkan aduan diterima, JKM bertindak menyelamatkan semua mereka.
Menurutnya, penahanan turut membabitkan dua wanita Rohingya berusia 30-an bersama empat kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga tiga tahun, selain seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dari Vietnam.
Katanya, pihaknya turut menyelamatkan tiga lelaki tempatan berusia antara 50 hingga 60-an.
“Tiga lelaki itu yang diselamatkan berstatus warganegara dan pernah melakukan kesalahan mengikut Akta Orang-Orang Papa 1977 pada 2016.
“Ketika itu mereka dibebaskan dengan amaran tidak melakukan kesalahan sama. Namun berikutan masih mengulangi kesalahan, mereka dihantar ke institusi kebajikan bagi menjalani pemulihan yang sesuai pada tahun lalu,” katanya.
Normawarni berkata, JKM tiada maklumat membuktikan bahawa kumpulan pengemis berkenaan dilindungi sindiket tertentu.
Menurutnya, kebanyakan individu yang diselamatkan didapati melakukan aktiviti mengemis bagi kegunaan diri sendiri termasuk ada yang mampu mengumpul hasil mengemis RM300 setiap hari.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan aktiviti berkenaan di daerah Johor Bahru boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Johor Bahru di talian 07-2232606 atau melaporkan di Talian Nur di 15999.
“Kami berharap orang ramai tidak mudah simpati kerana ia mendorong golongan berkenaan memilih jalan mudah bagi mendapatkan sumber kewangan dan terus menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Mac 2018 @ 8:10 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
graduan menganggur boleh try sumber kekayaan baru ni
daripada masuk MLM yang meletihkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kerjaya baru nampaknya.
Lebih menguntungkan cuma kena buat muka selamba je la..
Hari tu cermin kereta i kena ketuk masa berhenti kat traffic light.
Kebetulan I baru balik dari kenduri kahwin.
Selamat la nyonya tu yang dapat goodies bag ada kek, air kotak, snek etc. Bunga telur pun i bagi sekali...
Itu je yang mampu bagi ... |
|
|
|
|
|
|
|
STOP GIVING. tu je cara nak banteras. Kenapa makin ramai warga2 asing yg mengemis kt Malaysia? Sebab orang Malaysia ni pemurah. Kebanyakan kita berpendapat... sedekah dapat pahala. Selebihnya samada org tu menipu ke tidak.. urusan dia dengan tuhan.
hmm. Bahagiala depa |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la dia ambik, ada tu kita bg makanan dia tak mau, mau duit
|
|
|
|
|
|
|
|
I rasa macam dah duduk india / indonesia plak. Orang minta sedekah di tengah jalan (traffic light) .
Kat kl memang dah biasa sangat. Sekarang dah menular sampai ke ipoh. Nyampah sangat. Jkm tolong lah angkut diorang ni. Buat semak je |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak acik acik ni kat traffic light
Iols kesian kekadang tu
Tp kakaundibagi..lagi la dia suka kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
dh terlalu ramai duk di kaki lima, kat traffic light.. tlg la basmi org2 mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
orang malaysia kan memang pemurah..
lagi satu email mintak derma itu ini..
berbakalkan gambar anak-anak kecik cukup la..
berduyun-duyun la hulur duit konon nak derma..
padahal ada je badan kebajikan untuk bantu..
tapi sebab dimomokkan dengan cerita zakat tak buat kerja, ramai la memaki..
bila orang nasihat jangan biakkan penipu, katanya kalau tipu urusan dorang dengan tuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa suruh bagi? Alasan yg penting kita dh bg..apa dia nk buat dgn duit tu suka hati dia.. mencik alasan tersebut.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu mengemes dinegara miskin boleh ke mimpi dapat sebanyak ini. bukti rakyat kite maseh berduit khennn |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 12-3-2018 10:02 AM
bagus la dia ambik, ada tu kita bg makanan dia tak mau, mau duit
Macam budak2 tahfiz(katanya) yang minta derma kadang2 kat RnR pun ada.
Pernah sekali en suami ajak dia makan sekali dengan kami tapi dia tak nak.
Nak derma je, nak duit.
Kesian betul tengok budak2 tu..
Katanya belajar tahfiz tapi lagi banyak masa minta sedekah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam Yindia . Pemandu tunggu lampu nak hijau pun takdak privacy. Aritu aku pi KFC Pandan. Mat motor masuk cakap banyak tapi beli 1 fwench fwies. Acik Rohingya mintak sedekah kat blakang mat motor worder 9 dinner plate laaah. |
|
|
|
|
|
|
|
Haih RM300 sehari? Iols meniaga jual roti jala, mihun kuew teow packing jual pepagi sehari pun paling byk dpt RM50..pasni nyamar jd pemintak sedekah ajela masyuk sikit |
|
|
|
|
|
|
|
kan..termasuklah yg menjual segala macam kat lampu2 isyarat tu..tlg la benteras ok..dah sebijik cam india plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Penah sekali terhulur kat sorg brader OKU ni, bila nak blk I lalu nahhhh bini dgn anak2 sihat walafiat debab2 semuanya. Diorg tgh menunggu ketua keluarga 'cari rezeki' kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih prefer beli kerepek yg pakcik/ makcik jual kat bank waktu malam....bg sedekah ni dulu2 buat, skrg tak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
mmg masyuk pun....just imagine sorang bg singgit....satu hari tak kurang 100 org yg hulur....senang2 rm100 dlm tgn |
|
|
|
|
|
|
|
yg tlg beli tu pun sama, menyumbang kpd keramaian deols!
|
|
|
|
|
|
|
|
kerjaya hina mcm ni,,50k sebulan pun aku tak hingin...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|