HANYA disebabkan tidak diberi wang tunai, seorang lelaki di Indonesia tergamak menyembelih ibu kandungnya sendiri sehingga mati di tengah kawasan sawah padi.
Kejadian itu berlaku di daerah Kebumen, Jawa Tengah itu berlaku setelah lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sumudi menggunakan parang untuk memenggal kepala ibunya, Sutarmi Mad Muslim sehingga putus.
Menurut saksi kejadian, Jumadi, suspek tiba di sawah tempat ibunya bekerja sebelum meminta wang sebanyak 500,000 rupiah (RM137) pada tengah hari Jumaat lalu.
Apabila permintaannya ditolak, lelaki tersebut mengamuk dan mengancam untuk membunuh ibunya sekali gus menyebabkan wanita tersebut berlari ke tengah sawah kerana berasa takut.
Suspek kemudiannya bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah parang daripada begnya dan bertindak mengejar ibunya yang menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kemudian menetak leher ibunya berkali-kali.
“Selepas permintaannya tidak dituruti. Tiba-tiba pelaku mengambil sebilah parang dari dalam beg dan langsung menebas leher ibunya dengan parang,” jelas Junadi yang menyaksikan kejadian tersebut.
Tambahnya, kebanyakan saksi di tempat kejadian tidak mampu membuat apa-apa dan tiada siapa berani mendekatinya kerana berasa amat takut.
Jenazah ibunya kemudian dibawa pihak berkuasa ke sebuah hospital berhampiran untuk dijalankan proses autopsi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kebumen, Komisioner Arief Bahtiar, berdasarkan siasatan polis suspek pernah menghidap gangguan mental sebelum ini.
Malah penduduk sekitar yang mengenali Sumudi mendakwa suspek memang terkenal dengan sikap panas baran selain sering memarahi ibu dan adik kandungnya jika tidak diberi wang.
Setelah sehari melakukan pencarian, suspek akhirnya berjaya ditangkap polis ketika sedang berbasikal di daerah tersebut pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu lalu.
Tambahnya lagi, ketika ditahan, pemuda yang mempunyai tatu di seluruh mukanya itu tidak sedikit pun menyesal atas tindakannya, malah mengakui sedar ketika membunuh ibunya dengan kejam.
Sejumlah barang bukti juga berjaya ditemui pihak polis antaranya parang yang digunakan untuk menetak ibunya, baju mangsa, beg suspek dan juga basikal milik suspek.
Justeru, bagi tindakan seterusnya, polis akan membawa suspek untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital terdekat berdasarkan sejarahnya yang mempunyai penyakit itu.
Disebabkan perbuatannya itu, Sumudi berkemungkinan dijatuhkan hukuman mati atau pun hanya penjara seumur hidup. – MYNEWSHUB,CC/EZ
Setelah sehari melakukan pencarian, suspek akhirnya berjaya ditangkap polis ketika sedang berbasikal di daerah tersebut pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu lalu.
ambik masa sehari cari saspek yg cuma berbasikal. indon gagal total.
Post time 13-3-2018 01:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Orang Indon memang menakutkan... hati kering terus... yg membakar budak2 tahfiz 22 orang tu kan anak IC merah... masa ditangkap pun muka takde penyesalan... mohon jauh kan diri korang dgn keturunan Indon.. orang Siam pun ada yg miskin pun mana ada kes2 menakutkan berbanding diorang ni
Post time 13-3-2018 05:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tengok tajuk ni
Iols ada dpt video yang pompuan kene sembelih
Adui...iols terasa ngilu di leher ok...mcm.iols.plak yang kena sembelih
Siap ada pic kepala pompuam tu lagi....huhuuu
Post time 14-3-2018 03:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Takde sapa laungkan azan ka waktu itu?? Dan nama aje ramai tapi sekor pun tak berani tangkap mamat tuh?? Dasar indon pengecut @baterflai@thanawat@pembisikmaut