CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4908|Reply: 12

Kita Kata Gini, Dia Kata Gitu

[Copy link]
Post time 13-3-2018 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Saya suka ikan kembung. Ada orang panggil ikan temenung. Tak tau kenapa. Tapi bunyi sebutan “temenung “ sama dengan “termenung”.


Dulu ikan kembung dianggap “poor man’s fish" sebab harganya yang murah yang kononnya hanya dibeli oleh golongan miskin. Itu dulu. Kini lain ceritanya.


Sehari dua lalu, seorang kawan lama saya buat satu posting di laman Facebooknya.Saya rasa posting tu kawan saya repost .Maknanya posting itu bukan ciptaannya. Mungkin juga anda pun ada menerima atau baca menerusi platform media sosial.


Foto hiasan. Sumber: Blog bukanchef


Begini bunyinya: “Dulu takde duit mampu  beli ikan temunung je" (dimuatkan gambar ikan temenung ) lalu disambung:  “Sekarang nak beli ikan temenung pun termenung 2 – 3 jam tengok beg duit".


Sinis mesej tu. Rasanya kita semua faham. Tak perlu hurai lanjut. Bulan lalu ,pada malam sebelum Tahun Baru Cina, jiran-jiran saya daripada masyarakat Cina agak sepi menyambut tahun baru. Mereka bakar mercun dan main bunga api ala kadar saja. Setengah jam lepas midnight senyap. Tidak seperti tahun tahun lampau. Taman perumahan kami bagai medan perang. Bingit dengan bunyi mercun dan langit diterangi pecikan bunga api.


Dan majlis makan malam bersama keluarga juga kali ini kata mereka simple dan  ringkas. Dulu majlis demikian adalah 10 atau 12 course dinner. Meja makan penuh dengan pelbagai hidangan. Kali ini kata kawan kawan saya, sekadar hidangan steam boat simple dengan bebola ikan dan crabstick serta sayuran.


Kata mereka ekonomi sekarang lembab dan nilai ringgit masih mengecil. Lantas mereka terpaksa berjimat dan ikat perut walaupun mereka daripada golongan kelas pertengahan. Pun begitu saya baca laporan di mana perdana menteri menyifatkan sambutan tahun baru Cina kaili ini amat meriah kerana keadaan ekonomi negara yang bertambah baik.


Foto hiasan. Sumber: Blog Ferozee


Beralih pula kepada sembang sembang di majlis kahwin, kenduri atau pun lepak lepak sambil  mengeteh atau mengopi. Apa yang sering kita cakapkan dan yang selalu kita dengar “Kita merungut dan mendengar rungutan".


Rungutan sama ada orang muda atau orang tua. Termasuk saya. Rungut pasal harga barang naik, semua dah mahal, kos sara hidup tinggi, gaji tak naik, bonus tak de. Dan macam macam lagi yang menyayat hati dan merobek poket. Rungutan itu terbit daripada apa yang kita lalui. Berdasarkan pengalaman bukan fake news. Rata rata ramai kata keadaan ekonomi tidak rancak.


Tapi seorang wakil rakyat berasal dari Sabah yang isteri mudanya seorang artis jelita berkata ekonomi tidak teruk  - tidak ada siapa yang mati tak makan di Malaysia. Malah katanya di negara ini orang sakit kerana terlalu banyak makan. Pak pak  menteri turut bertanya jika ekonomi negara tidak bagus bagaimana rakyat Malaysia boleh pergi melancong?


Foto hiasan. Sumber: ppim


Tidak bercadang saya menjawab kenyataan seperti  itu. Sekadar mengutara  kesimpulan: memang ada golongan berada di negara ini dan perlu ingat ada  juga golongan tidak berada . Persoalannya golongan mana yang lebih ramai? Dan persoalan lebih penting adakah orang atasan tidak dengar suara orang bawahan? Waullahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 12:32 PM | Show all posts
top 20

middle 40

bottom 40

yg melancong bagai idop tak merungut tu top20

&upper middle 20


yg merungut bagai merintih idop perit mostly

yg below middle20 & among bottom 40

so korang golongan mana
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 12:44 PM | Show all posts
rakyat sengsara sangat-sangat..

macam mana menteri2 boleh berbangga dengan hasil usaha mereka yang membunuh manusia
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 01:17 PM | Show all posts
pasal ikan... memang termenung tgk harga ikan kat pasar skrg nie
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila y di atas selalu di atas,xkan tahu perasaan y di bawah..cuba dia hidup dgn gaji below 1k/month..nk tgk jgk boleh x dia keluarkn statement y sama..ni kalau gaji pn 50k/month mmg xkn rasa laa kesusahan org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 09:26 PM | Show all posts
Aku xsuka nasi


kalau buat salad ikan makan


tp mmg kita tahu  harga makanan sekrang sgt  mendukacita kan .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bung cikebum sedap diulit tubuh montok zizie ezette mana dia kisah kita makan apa..

Bila ntah nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
           
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ninjago: pasal ikan... memang termenung tgk harga ikan kat pasar skrg nie

pg td g kedai ikan pelaling rm 16,murah sket dari taim raya cina tu rm 18..{:question
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:20 AM | Show all posts
Hanya yang merasa mengetahui
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:56 AM | Show all posts
ikang kembong kalau goreng cili memang sedap
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 09:11 AM | Show all posts
teringat komen abam bung. obesiti rakyat=ekonomi negara di tahap bagus


*facepalm*
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 10:13 AM | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 14-3-2018 10:56 AM
ikang kembong kalau goreng cili memang sedap

acaner nak buat tu mak nora danish? bg resepi ingat nk buat mlm ni sbb stok ikan kembong last wk tak berusik lagi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.405232 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list