View: 3045|Reply: 10
|
Peta Dunia Pada Seat Kereta? Hapuskan Dengan Hanya 2 Bahan Dapur!
[Copy link]
|
|
Ramai yang merungut 'seat' kereta mereka kotor selepas beberapa tahun digunakan. Lebih-lebih lagi bagi 'seat' kereta yang berwarna cerah.
Tompokan air jelas kelihatan dan hampir membentuk peta dunia pula.
Lebih teruk lagi apabila anak kecil muntah di dalam kereta. Aduh, pening kepala dibuatnya!
Nak upah orang untuk mencuci 'seat' kereta pula kosnya agak tinggi dan mencecah harga ratusan ringgit. Bagi yang mampu, mungkin bukan masalah yang besar.
Tetapi bagi yang cukup-cukup makan, seratus ringgit pun dirasakan sangat mahal, apatah lagi lebih dari itu. Ye tak?
Foto: Carian Google
Mungkin ada yang tidak tahu atau mungkin tidak berani untuk mencuci 'seat' kereta mereka sendiri kerana kuatir akan menjadi lebih teruk.
Oleh itu, menerusi laman Era, kami kongsikan cara mudah untuk mencuci 'seat' kereta yang hanya menelan belanja kurang dari RM10. Betul ke?
Tak percaya? Jom lihat bahan yang diperlukan dan cara-caranya:
Bahan-bahan:
- 2 sudu makan cuka (mana-mana cuka. Tapi seeloknya cuka buatan putih kerana baunya yang kurang menyengat dan lebih murah berbanding dengan cuka epal)
- 1 sudu teh baking soda
- Secawan (kecil) air suam
Foto: Carian Google
Cara penyediaan:
1. Bancuh baking soda dan cuka bersama air suam
Foto: Carian Google
2. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam botol spray
3. Spray rata pada 'seat'yang kotor (jarak 6-8 inci dari seat)
4. Gosok bahagian yang kotor menggunakan berus lembut atau berus gigi sehingga bersih
Foto: Carian Google
5. Lap dengan menggunakan kain bersih yang sudah dibasahkan dengan air suam.
6. Ulang langkah 3-6 sehingga betul-betul bersih.
7. Keringkan menggunakan vacuum atau guna tuala 'microfiber' sehingga kering.
Mudah sahaja kan? Yang penting jangan putus asa. Ianya mungkin mengambil sedikit masa namun anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.
Foto: Carian Google
Hasil mungkin berbeza mengikut tahap kotoran dan juga material 'seat' kereta masing-masing ye. Apa pun, selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan hasilnya dengan kami. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh la iolss cuba.. hrp mnjadi |
|
|
|
|
|
|
|
gigih lak nak keringkan..silap2 peta ilang, bau kepam plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tkt peta hilang cendawan pulak tumbuh |
|
|
|
|
|
|
|
Balut leather.. Setel masalah.. Cuma tambah ongkos.. Hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Cara saya pulak, cuka tu campur air sikit. Ikut nisbah 2 cuka: 1 air. Sembur generously atas surface yg nak dibersihkan. Pastu taburkan soda bikarbonat rata2. Dah kering, terus vakum. Masa proses keringkan tu elok la bg kipas jalan atau kereta tu bg tempat panas. Kalau tak berjanggut le tunggu kering. Cara yg sama boleh digunakan utk bersihkan tilam yg terkena kencing anak. Boleh hilang bau dan rupa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah, thank you! Thank you! boleh cuba yg ni pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
hihi mintak ongkosnya bukk
|
|
|
|
|
|
|
|
haha keringkan cepat2, buat masa cuaca panas. InshaAllah ok
|
|
|
|
|
|
|
|
Sembur sikit2 je, jangan tuang air pulak. InshaAllah sekejap je kering. Lepas tu jangan buat time hujan. Memang kepam la nanti. heheh
|
|
|
|
|
|
|
|
Cari-Amiey replied at 14-3-2018 03:45 PM
Wah, thank you! Thank you! boleh cuba yg ni pulak
Hihi. Cara saya buat ni takde sental2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|