Anjing yang diberi nama Bigo itu dipelihara seorang jurutera kuman, Herr Hugie, 30, sejak lebih 10 tahun lalu sebelum membuat keputusan memelihara beberapa ekor anak kucing terbiar yang diambil daripada sebuah pusat pelindungan haiwan.
“Pusat itu memberikan lima ekor anak kucing yang berusia empat minggu. Pada mulanya saya agak keberatan menjaga haiwan tersebut kerana menyedari anjing dan kucing tidak dapat bergaul bersama, justeru saya memutuskan untuk menempatkan di bilik berasingan,” ujarnya.
Selepas beberapa hari, Herr Hugie cuba ‘memperkenalkan’ haiwan berkenaan. Bigo dilihat menghampiri kumpulan anak kucing itu dan menunggu mereka untuk datang kepadanya.
Mengejutkan kerana anak kucing tersebut dilihat sangat mesra dengan Bigo, malah gemar tidur bersama. Sejak hari itu, Bigo seolah-olah menjadi pengasuh kepada anak-anak kucing tersebut sebelum cukup besar untuk diserahkan kepada mereka yang mahu memelihara haiwan berkenaan.
Sehingga kini, Bigo telah menjaga lebih 50 ekor anak kucing dan telah mendapat dua ekor ‘pembantu’ yang turut dibela oleh Herr Hugie iaitu seekor kucing buta sebelah mata bernama Gelenyar dan seekor lagi kucing buta, Garit. – Roketkini