View: 9327|Reply: 31
|
Seram Betul Tengok Kakak Ni Hantar Kek 4 Tingkat. Ini Tips Elak Kek 'Tergolek'
[Copy link]
|
|
Sesuai dengan gahnya sesebuah majlis perkahwinan masa kini, kek perkahwinan adalah ‘item’ utama dalam senarai wajib majlis perkahwinan. Bukan itu sahaja, pelbagai variasi dan seleksi kek perkahwinan yang cantik, elegan dan rupa parasnya untuk dipilih oleh bakal mempelai.
Semanis cinta uda dan dara, begitulah juga manisnya kek perkahwinan yang menjadi sebahagian dekorasi pelamin atau hiasan meja pengantin.
Sebagai seorang pembuat kek, tentunya pelbagai cabaran dan rintangan yang dilalui untuk memastikan kek idaman pelanggan terhasil dengan cantik dan menepati citarasa pelanggan. Antara cabaran yang harus dilalui ialah logistik untuk menghantar kek kepada pelanggan. Bagaimana agaknya nak menghantar kek bertingkat-tingkat dengan selamat?
Jom ikuti tips untuk menghantar kek yang sempoi ini.
1. Hasilkan kek yang sesuai dengan kemudahan penghantaran yang anda ada
Sebelum anda memulakan proses membuat kek anda, pastikan anda sedar akan kemudahan penghantaran yang anda ada. Tak kan kek 10 tingkat nak hantar menggunakan kere viva sahaja kan?
2. Rancang penghantaran kek anda
Sebelum menghasilkan kek untuk pelanggan ada lagi, anda harus merancang tentang penhantaran kek. Antara perkara yang anda perlu rancang ialah dimana lokasi penghantaran kek anda, Masa yang diperlukan untuk anda pergi ke lokasi penghantaran kek anda dan beberapa lagi info tentang tempat penghantaran kek yang anda perlu titik beratkan.
3. Hantar awal
Rancang penghantaran kek anda 2 atau 3 jam awal. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang berlaku semasa penghantaran. Ini juga untuk memastikan kek yang anda hendak hantar itu sampai sebelum tetamu-tetamu yang lain datang.
4. Bawa perkakas untuk membuat kek
Semasa membuat penghantaran kek, anda seharusnya membawa perkakasan untuk membuat kek anda juga. Sekiranya terjadi sedikit kecacatan pada kek anda semasa penghantaran, anda boleh membetulkan sedikit kecacatan itu bila sampai di tempat pelanggan anda. Cuba bayangkan jika anda tidak membawa sebarang perkakasan untuk anda membetulkan kek itu?
5. Sentiasa periksa kenderaan untuk anda menghantar kek
Pastikan kereta atau van yang anda gunakan untuk menghantar kek sentiasa diperiksa. Anda pasti tidak mahu kenderaan anda rosak ditengah jalan dengan kek yang cantik ada didalamnya. Keadaan panas terik sudah pasti akan membuatkan kek anda rosak nanti.
Bagi kedai-kedai kek yang besar, sudah pasti cara penghantaran sebuah kek kepada pelanggan tiada masalah. Bagaimana pula bagi 'homebaker' yang baru mencuba menceburi bidang perniagaan kek ini? Sudah pasti kekangan logistik memaksa si pembuat kek berfikir secara kreatif dan ada kalanya tak masuk dek akal untuk memastikan kek sampai ke tangan pelanggan.
Terbaru, seorang pengguna laman sosial facebook iaitu saudari Alang Suri dari Melaka telah berkongsi tentang cara bagaimana beliau mengahantar kek perkahwinan 4 tingkat dengan hanya menaiki kereta sahaja.
"My very first 4tiers stack cake. Cust mintak delivery. Pergh abes keluar peluh jantan. Selagi tak sampai kat tangan cust die punya nebes tuhan je yg tau."
Saudari Alang suri dengan gigihnya menghantar kek perkahwinan 4 tingkat yang telah ditempah oleh pelanggannya dengan hanya menaiki kereta. Ternyata beliau begitu risau dan takut dengan cara penghantaran kek yang baru pertama kali dibuatnya ini kepada pelanggannya.
Siapa tak takut kan? Kek 4 tingkat yang begitu besar dan tinggi hanya dihantar dengan menggunakan kereta sahaja. Takut-takut kek tergolek di dalam kereta sahaja nanti.
Begitulah style homebaker yang baru-baru berjinak dalam dunia perniagaan.
Walau apapun caranya yang penting kek yang dipesan sampai ke tangan pelanggan. Ini baru sahaja cerita tentang cabaran penghantaran kek, belum lagi cerita tentang cabaran untuk membuatnya lagi. Jadi, selamat maju jaya buat semua homabakers yang ada di Malaysia! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahayanya bawak macam tu elok disambungkan lapisan sesampai ditempat penghantaran pastinya akan lebih selamat |
|
|
|
|
|
|
|
kalaulah terjatuh ke apa..sudah nya gantian kek secret recipe jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow cantik keknya. seram jgk sementara nk smpai ke tgn customer tu |
|
|
|
|
|
|
|
risau jatuh...tapi bagus lah dia...hanta sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya suruh la yg pegang duduk belakang.. |
|
|
|
|
|
|
|
uiittt...seramnya kalau jatuh tergolek
|
|
|
|
|
|
|
|
dh macam cerita Fabulous Cakes kat channel TLC je |
|
|
|
|
|
|
|
Dedolu laki iols minta.iols tlg chefnya buat delivery cake begini..
X berani la.dgn cara iols drive ala fast n furious..kang tgolek.dog..mati iols
Kek satu beratus ringgit...kalau 6 biji?
Huhuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Uihhh kalo break aje pun dah boleh goyang kek cantik kakak tu. seremmm |
|
|
|
|
|
|
|
Ini hanya orang cermat aja dapat handle. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal...mcm tak professional pulak....bawak cenggitu je dlm kete....
|
|
|
|
|
|
|
|
Seram pula nengoknya |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kat youtube ai tengok ada cara dia nak lapiskan kek bertingkat ni
dalam tu diorang cucuk kayu atau chopstik antara kek bawah n kek atas utk bagi kukuh
tapaknya pun siap cucuk straw bagi kek atas tak tenggelamkan kek bawah |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ne panggil 4 tingkat ... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
iiissshhh apasal bawa kek cenggitu
terdedah...
time ko becakap depan kek pun bape ribu ayor lior tempias kat kek tu...
takda cara lain ker nak tutup kek bertingkat ni dari terdedah..
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm x betul je cara dia handle kek tu. Kalu smpai bertingkat2 rasanya kene susun msa da smpai kn lokasi.lepas tu tacap tepi2 tu.
Patu kek tu terdedah gitu...habuk2 tu x lekat ke kat buttercream tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Why ai rasa kek ni x hygenic.. Bawak lagu tu je xletak dalam kotak ke apa... Tah first thing in my mind, kebersihan |
|
|
|
|
|
|
|
caritegar replied at 16-3-2018 05:48 AM
Why ai rasa kek ni x hygenic.. Bawak lagu tu je xletak dalam kotak ke apa... Tah first thing in my ...
Kenduri kampung2 je uolsss...Okla tu..tgk dia deco cake pun x kemas Mana Dan basic design jah |
|
|
|
|
|
|
|
kan... kek tumbang tu 1 concern la.. lagi concern kek tu dahla buttercream / freshcream... terdedah camtu dalam kereta.. mmgla xnampak habuk berterbangan.. tapi x hygenic la. Seeloknya.. dia bawak kek tu asing2.. dan assemble masa kt tempat tu. bkn susah pon takat nk susun n touch up.. kalau dah biasa buat.. kejap aje. Tapi kena sampai awal la... kang ada lak tetamu tgk baker baru nak 'pasang' kek.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|