|
|
Zaman kanak-kanak memang sangat menyeronokkan kerana sepanjang masa akan dihabiskan dengan perkara yang dapat memberi kegembiraan tanpa memikirkan banyak masalah. Bahkan, ramai juga orang dewasa yang ingin kembali ke zaman kanak-kanak jika boleh waktu boleh diundurkan.
Satu perkara tentang kanak-kanak ini adalah macam-macam perangai yang akan dibuat oleh mereka. Kadang-kadang menyakitkan hati, dan kadang-kadang boleh buat kita terkekek-kekek tertawa.
Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan dua orang kanak-kanak khusyuk berdoa dan bersolat. Bagus betul, kan? Tapi ada yang tak kena di situ kerana mereka melakukannya di dalam sebuah kolam renang! Buang tabiat pula budak-budak ni.
Memang tergelak-gelak dibuatnya apabila melihat video yang dikongsikan oleh @Nabillamunir di Twitternya. Apa yang lebih mengelikan adalah siap rukuk dan sujud. Alahai dik 
[vimeo]260190821[/vimeo]
Kawan sebelah pula siap berdoa dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk. Moga-moga termakbullah doa tu ya, dik.
Video ini telah membuatkan ramai netizen terhibur dengan keletah dua kanak-kanak tersebut. Ada yang mengatakan dua beradik ini sedang qada (mengganti) Solat Subuh dan ada juga mengatakan mungkin mereka sedang solat sunat Dhuha
 Foto: Twitter
Apa-apapun, dua beradik ini telah membuktikan ibadah solat itu bukannya susah untuk dilakukan. Bahkan, ia boleh dilakukan di mana sahaja. Jadi, 'solatlah kalian sebelum kalian disolatkan'. - CARI |
|