Anggota polis cabul tahanan wanita disiasat
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/321522/anggota-polis-cabul-tahanan-wanita-disiasat
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 4:45 PM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]
FOTO hiasan
ANGGOTA polis ditahan selepas dipercayai mencabul tahanan wanita di sebuah lokap di Alor Gajah, Melaka, semalam.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, anggota tugas am berusia 52 tahun itu dipercayai meraba tahanan berkenaan pada 1 Mac lalu.
“Mangsa berusia 53 tahun mendakwa anggota polis berkenaan merabanya sebelum melakukan tindakan lucah.
“Wanita terbabit ditahan atas kesalahan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) mengikut Akta Dadah Berbahaya 1985," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Abdul Jalil berkata, walaupun keterangan daripada mangsa meragukan, namun pihaknya tetap menjalankan siasatan.
“Keterangan daripada mangsa sentiasa berubah-ubah, namun pihaknya tetap akan mengambil tindakan terhadap anggota jika melakukan kesalahan.
“Kami juga sudah mengambil keterangan daripada anggota berkenaan dan dia kini bebas dengan jaminan polis,” katanya.
Menurutnya, polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk proses pendakwaan.
“Pihak polis tidak akan melindungi mana-mana anggotanya yang melakukan kesalahan dan tindakan sewajarnya akan dikenakan sekiranya benar mereka bersalah," katanya.
|