View: 9389|Reply: 83
|
[Tempatan]
Bergaduh lepas suami buang angin (kentut) di hadapan muka isteri
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 15 Mac - Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya yang mencemuhnya kerana membuang angin di hadapan muka mangsa, awal tahun lalu.
Mohd. Nizam Uri, 33, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Alimaton Ali, 40, di sebuah rumah di Jalan 2/7, Taman Dagang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi, 1 Januari 2017.
Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.
Pihak pendakwaan sebelum itu mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin namun Mohd. Nizam yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana dia merupakan penanggung tunggal keluarga.
Majistret Haslinda A. Raof membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April ini untuk sebutan semula kes.
Difahamkan tertuduh bertindak mencederakan mangsa yang juga pengadu dalam kes ini selepas isterinya menyuruh tertuduh pergi ke kedai untuk membeli gas kerana hendak memasak. Kemudian tertuduh telah berdiri membelakangkan punggungnya ke arah muka mangsa dan kentut di hadapan isterinya.
Pengadu telah memanggil tertuduh dengan perkataan kesat dan secara tiba-tiba tertuduh berang lalu bertindak agresif dengan menampar muka isterinya berkali-kali dan menumbuk seluruh anggota badan selain menghantukkan kepala mangsa ke dinding.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang tak maki kalau kentut kat muka ...... |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan from hell... Bewak.. Sekadar keja penghantar Surat.. Patut xpernah mahu idup dia sbb pandang rendah kaum hawa.. Choii |
|
|
|
|
|
|
|
OmJualGas replied at 16-3-2018 07:27 AM
Gas lain pula dia bagi
Patut order kt om saja om kn |
|
|
|
|
|
|
|
40 vs 30. Asal berlaki ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kejam...kena kentut tu bau telur tembelang...perghhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Malang betul dapat laki perangai gini.. dah kene maki tau pulak panas hati..syaitonnn nau perangai |
|
|
|
|
|
|
|
zameyla replied at 16-3-2018 08:24 AM
kejam...kena kentut tu bau telur tembelang...perghhh....
mendapatlah juga kalo bèrsalah kena jel 2 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan skrg mmg mcm ni one sen no use. Adik2 yg blm kawin tu hati2lah |
|
|
|
|
|
|
|
Ramaikan yang macam ni. Bila dah buat mesti dia cakap, gurau pun tak boleh ke? Tolonglah kenali apa gurau and apa tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kentut mmg boleh bawa kpd pergaduhan. Lagi kalau dimeja makan.. lepas tu kentut yg bunyi cam harem..mmg kena maki. |
|
|
|
|
|
|
|
bini tu nak masak.. bagi ko jugak mencekik.. ker duit beli tong gas bini hulur?..
laki ni sah ada telor ngan pelir jaaa.. gurau kentut depan muka boleh ek... bila kene maki terus sentappp?..
eloklaa dua2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhh banyak lg masalah dlm dunia ni, cerita cmni pun wujud ekkk. Dlm byk2 tmpt muka bini ko gak tempat ko melepaskan gas busuk. Bangang abadi |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya di sumbat je gas beracun kat jantan lahanat ni
hidup pun menyusahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Penangan kahwin dengan anak ikan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Buleh masuk list jantan xguna xbuleh buat laki..suke angkat kaki tangan |
|
|
|
|
|
|
| |
|