Wanita yang didakwa menyebarkan gambar anak Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman Facebook meminta maaf dan bersedia untuk berjumpa dengan pihak Siti untuk menjelaskan perkara sebenar.
Wanita yang dikenali sebagai Noor Akmar Wan Yusof, 36, itu menyatakan yang gambar dan video tersebut diperolehi dari raknnya menerusi Whatsapp.
Noor Akma, Foto: Harian Metro
"Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama. Malah, mereka mula mengecam saya.
"Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak.
"Saya terkejut dan tidak menjangka perkara ia tular. Akhirnya, saya mengambil keputusan memadam dan mennyahaktifkan akaun Facebook buat sementara waktu," katanya kepada Harian Metro.
Foto: Facebook
Noor Akmar yang juga merupakan jurusolek sambilan juga menyatakan yang dia tidak tahu mengenai kenyataan pihak Siti yang hanya bakal berkongsi wajah anak mereka selepas tujuh hari dilahirkan.
Noor Akmar yang menggunakan nama Wann Arianna di Facebook meminta maaf kerana tidak sengaja menyakiti hati pihak Siti.
"Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti.
"Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya," tambahnya. -CARI |