View: 1980|Reply: 10
|
Asyik Gambar Selfie Dan Makanan Je. Cubalah 6 Sudut Lain Ini - Barulah Unik
[Copy link]
|
|
Anda suka melancong?
Bagaimana dengan gambar di akaun media sosial anda?
Penuh dengan selfie atau lokasi saujana mata memandang?
Sebenarnya fotografi yang indah bukan sekadar lokasi alam sekitar semata-mata. Ada banyak cerita yang boleh dibongkar dengan sekeping gambar yang memfokuskan pada sesuatu ‘benda’ atau ‘sejarah’ yang seterusnya membuatkan gambar tersebut bercerita dengan sendirinya.
Ada 6 sudut pandang baru untuk menikmati perjalanan sekaligus membuatkan ia lebih hidup dan bermakna. Jom tengok:
1) Doortraits
Pada tahun 2016, trend foto beralih dengan tidak hanya keindahan lokasi semata-mata. ‘Travel blogger’ dan jurugambar memotretkan sudut pandang berbeza iaitu memaparkan gambar-gambar pintu bermula dari Asia, Eropah, Amerika hingga Australia.
Cari sahaja tanda pagar #doortraits dan anda akan menemui pelbagai gambar fotogenik dari pelbagai pelusuk dunia.
Kenapa pintu? Rupa-rupanya para Instagrammer beranggapan gambar pintu menimbulkan kesan misteri, membuat kita tertanya-tanya apa yang tersembunyi di baliknya.
2) Follow me to
Pasangan yang sungguh romantis. Ke mana-mana sahaja mereka membawa tema yang sama iaitu si lelaki (Murad) akan memegang tangan pasangannya (Nataly) kemudian memotretkan gambar dengan pemandangan Negara yang berbeza.
Uniknya, Nataly akan mengenakan baju mengikut negara yang dilawatinya. Malahan konsep ini diterima ramai hinggakan ramai pula yang mengikut meniru aksi pasangan ini.
3) You Did Not Sleep There
Meraikan perkhemahan yang tidak masuk akal! Begitulah biografi akaun Instagram ‘You did Not Sleep There’ ini.
Semuanya bermula pada tahun 2015 dengan pasangan ini membuat khemah di Grand Canyon lalu merakamkannya. Ia berterusan dengan tempat-tempat yang berbahaya seperti puncak gunung, curam dan lain-lain. Namun ia sebenarnya sekadar untuk bergambar sedangkan mereka tidur di tempat yang lebih selamat. Sesuailah dengan nama akaun mereka.
4)From Where I Stand
Cantiknya akaun Instagram ini. Ia juga unik kerana sudut pandang berbeza iaitu merakamkan gambar dengan situasi menundukkan kepala memandang lantai, rerumput, daun gugur dan pelbagai lagi.
Jika anda mahu meniru konsep ini, pastikan variasikan kasut dahulu ya, supaya gambar tampak cantik!
5) Girleatworld
Ini memang sesuai buat mereka yang suka berjalan dan makan. Melalui akaun ini, pemiliknya Melissa Hie menggenggam aneka makanan saat berkunjung ke pelbagai negara. Mulai dari buah limau di China, jus manga di Filipina, bakso di Gili dan pelbagai lagi,
Sedap pula tengok gambar-gambar makanan ini!
6) Drinksintheair
Selain makanan, anda boleh juga meniru aksi yang dipaparkan di Instagram Drinksintheair yang mengkhususkan minuman berlatarbelakangkan lokasi indah.
Diasaskan 4 bersaudara, gambar-gambar mereka juga sangat menggiurkan. Cantik kan? Jadi, bersedia untuk gambar-gambar menarik ketika perjalanan nanti ya! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik Takde la posing sama je kan |
|
|
|
|
|
|
|
xde la gambo selpie memnjang..hastag beria..london la..uss la tp gambo muke je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi suka enjoy the moment masa kat satu-satu tempat tu dari sibuk nak snap the perfect photos for social media account |
|
|
|
|
|
|
|
nice... boleh feature kan juga HannahonEarth...org Malaysia yg dah travel ke all states in US |
|
|
|
|
|
|
|
great pose. nak tiru laa nanti hahaahahha |
|
|
|
|
|
|
|
kalo boleh travel all the world lagi seronokk |
|
|
|
|
|
|
|
Ok2...
Tq2 untuk cadangan tersebut
|
|
|
|
|
|
|
|
Takder ig |
|
|
|
|
|
|
|
baru la btul photog art.. patutnya insta / flickr semua tu guna tuk post pics camnie. bukan vain selfies je manjang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|