CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17398|Reply: 119

Saya Tak Gembira Di Rumah, Tak Sama Macam Dalam Media Sosial- Elyana

[Copy link]
Post time 27-3-2018 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Kebelakangan ini Elyana mengalami kesukaran untuk berjalan dan sering terbaring akibat masalah kekejangan yang dialaminya.


Foto: IG Elyana


Kesakitan ini berpunca daripada rawatan kimoterapi yang dilakukan sebelum ini dan menyebabkan dia tidak bergerak kemana-mana.


“Kalau nak tahu, saya dekat rumah tidak gembira seperti yang anda lihat di laman sosial tapi yang sebenarnya saya hanya terbaring, tak boleh bergerak langsung.”


“Urat kaki belah kiri sakit. Kejang, tak boleh jalan. Tidur sakit, berjaga sakit, berdiri sakit. Tak tahu macam mana, sampai doktor tak tahu buat apa.”


Foto: IG Elyana


"Saya pernah buat kimoterapi sebab itu urat-urat rasa terbakar. Saluran pendarahan tu dah tak lancar macam biasa," kata Elyana kepada mStar Online.


Foto: IG Elyana


Sejak tahun lalu lagi Elyana telah berhenti menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kanser limfoma. Itu pun hanya sekali sahaja dia melakukan rawatan tersebut.


Kemudian dia nekad untuk tidak lagi mengambil rawatan tersebut dan berusaha mengubati dengan cara akupunktur. Jika bekerja pula, dia akan membuat persediaan awal supaya tidak menggangu kerjanya.


Foto: IG Elyana


“Buat masa ini, saya berhenti lakukan kimoterapi dan saya ada cuba berubat cara akupuntur. Kalau nak kerja, saya kena buat persiapan awal seminggu.”


"Kena makan ubat dan rehat secukupnya. Barulah saya boleh kerja kalau tak susah," ujarnya.


Foto: IG Elyana


“Saya tak nak tunjuk dekat orang saya tengah sedih. Tapi itu sahaja cara saya boleh bagitahu peminat bila mereka tanya kenapa saya diam.”


"Salah satu sebab saya beritahu penyakit ini sebab saya harapkan doa orang ramai," katanya.


Harap Elyana terus kuat semangat untuk melawan kanser dan tidak putus asa mendapatkan rawatan. Peminat sentiasa mendoakan kesembuhan Elyana. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 11:46 AM | Show all posts
kuat juga sheols ni merempan dalam ig ya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang_mulut: kuat juga sheols ni merempan dalam ig ya..

Maafkanlah.. she’s going through a hard time.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 12:15 PM | Show all posts
Tak perlu la merempan dalam media sosial...buat orang meluat jea, hilang rasa simpati, kutukan pulak yg dapat...lagi sakit minah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau merempan buat dia lega, biar la. Tah brp lg hayat dia unfollow jelah ig dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 12:25 PM | Show all posts


mak hayamlofa tu kan nyah...apa ke tamil sangat rupa dia nyah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2018 12:26 PM | Show all posts
betui, merempan buat ape. ko kena kuat. iols suka sorang brader yang sakit kanser darah, but boleh buat outdoor activities tu. iols tak igt nama dia siapa. tp sgt buat iols termotivasi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 12:35 PM | Show all posts
IG dia ibarat wailing wall FB dulu. Moga she tabah, cari support group yang ada penyakit sama, tapi tak merempan di socmed.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 12:39 PM | Show all posts
Harap sheols kuat. Akak kalau bab sakit kanser ni kadang rasa useless. Hanya mampu moral suppport sajo. Yang hadap dia sorang. Kadang hakak rasa useles. Al - Fatihah buat arwah kawan akak yang meninggal sakit kanser. teringat pulak kat he ols. moga tenang di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 12:44 PM | Show all posts
merempan too much la nyah..dulu aman2 je sebelum sheollss announce sakit dia ni kat GV..rse cam attention seeker lak..papepun GWS ye sis..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 01:16 PM | Show all posts
aku seriau tgk dia dok post kt ig story
anak nya pg mengaji mlm2 kuar ke  pagar sorang2 yg dia tgu dpn grill

mmg ada npk jiran sblh bw anak2 pg ngaji  
mungkin org gaji yg temankan
tp stil bahaya klu org jahat tgk anak ko xda yg teman
org gaji sblh opcos lbh jaga anak majikan nya kan

btw laki sheol bagus la selalu layan tekak sheol nk mkn apa
npk je bw pg mkn2 & cuti2 mesia
susah nk cari laki cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
I pernah baca fasting boleh bantu pesakit cancer...siapa Yang ada cancer boleh goggle stay tengok YouTube...boleh cuba kalau ia boleh membantu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 01:31 PM | Show all posts
picture sheols pakai tudung tu nampak macam mak hayam jering izreen pula


nanti kalau up pic sakit di insta acik bawang merry kata cari simpati
so she letak la picture2 gumbira gtew
semoga jua menjadi inspirasi untuk pesakit2 lain
i feel you bab sakit kanser ni
buat kemo memang rasa nak muntah, urat sendi rasa kebas tak bermaya ,  terbaring lesu aje
terpaksa tunjuk kuat demi orang tersayang dan juga untuk diri sendiri
she boleh join group kanser survivor
sometimes diorg ada buat sharing session semasa patients
but still, dengar orang bercakap kadang2 bosan yach
tak terinspirasi pun bila dengar orang lain bercakap
sedangkan diri sendiri dalam keadaan lemah
nak think positive bukan senang bila dah sakit

boleh nampak daripada mata she
she looks sad
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 01:42 PM | Show all posts
semoga terus tabah opie..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by coyote_ugly0911 at 27-3-2018 01:46 PM
BookerT replied at 27-3-2018 12:25 PM
mak hayamlofa tu kan nyah...apa ke tamil sangat rupa dia nyah...


Nmpk kertu sgt kn nyah... psakit ngn tizz plk nmpk bseri2 glowing dr sheolls wlupun si tizz tu bkepok2 asap okok sheols telan...

Smoga kuat n bertabah laaa elyana.. ramai yg doakn tmasuk laa kaka jugekss..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 01:53 PM | Show all posts
semoga terus kuat, jgn merempan byk2 sgt nanti org x suka....itu je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 02:02 PM | Show all posts
I suka tgk IG story dia. To me dia bagi inspirasi untuk orang yang sakit macam dia to move on dengan hidup.

Yang too much ni orang yang suka nak komen komen. Biarlah dia dengan cara dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 02:03 PM | Show all posts
Anyway die nampak makin cantik walau hidap sakit kritikal... stay positif elyana...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
iols tgk tak mcm org sakit ajor...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 02:09 PM | Show all posts
kodoksilver replied at 27-3-2018 12:26 PM
betui, merempan buat ape. ko kena kuat. iols suka sorang brader yang sakit kanser darah, but boleh b ...

zaki bijak kan
dia mmg kuatt....sabah sarawak semenanjung...semua tpt dia nak pegi sambil ziarah kwn2 kanser
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.120107 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list