Mayat seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang diculik Sabtu lepas ditemui dicampak dalam tandas sebuah stesen kereta api di Gujarat.
Mangsa, Anjali Saroj diculik ketika sedang bermain di kawasan rumahnya di Mumbai Nalasopara.
India Today melaporkan, seorang saksi melihat Anjali didatangi seorang wanita berusia 20-an dan diberikan coklat.
Anjali Saroj, Foto: India Today
Kenyataan rasmi polis pula menyatakan yang suspek memberikan sekumpulan kanak-kanak tersebut coklat sebelum membawa Anjali ke stesen kereta api Nalasopara.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Nalasopara juga jelas menunjukkan wanita terbabit melarikan Anjali.
Lakaran wajah suspek, Foto: India Today
Pada Isnin, mayat mangsa ditemui di stesen Navsarim, 200 kilometer dari lokasi dia diculik.
Setakat ini punca penculikan masih lagi dalam siasatan. -CARI |