View: 3134|Reply: 11
|
Lelaki Bernaluri Wanita - Dora Ritcher, Lelaki Tukar Jantina Pertama Di Dunia
[Copy link]
|
|
Lelaki tapi mempunyai naluri wanita?
Pelik kan? Tapi ini yang berlaku di seantero dunia. Spesies begini nampak seronok memperagakan pakaian wanita serta mengambil pil hormon untuk kelihatan persis seperti perempuan.
Tapi, itu belum cukup ekstrem. Ada yang sampai membuang ‘belalai’ lalu menggantikan dengan alat kelamin wanita dek kerana terlalu mahu menjadi wanita. Banyak klinik yang beroperasi secara terbuka bagi merealisasikan cita-cita tersebut.
Rupa-rupanya, hal menukar jantina ini bukan sahaja berlaku di zaman millenium, ia sebenarnya sudah dilakukan sejak dahulu lagi dengan Dora Richter, transgender pertama di dunia menjalani pembedahan jantina.
Menurut berita History Collection, Dora lahir sebagai lelaki dengan nama Rudolph di Erzgebirge, Jerman pada tahun 1891. Berasal dari keluarga miskin membuatkan dia terpaksa membuat kerja berat sejak dari kecil.
Rudolph ketika ini sudah cenderung bersikap feminin. Dia membenci pakaian yang diberikan oleh kedua orang tuanya.
Ketika usianya enam tahun, Rudolph cuba memotong 'kejantanannya' sendiri dengan sebilah pisau. Gara-gara tindakan ekstrem ini, akhirnya keluarga Rudolph mengizinkannya hidup sebagai wanita.
Namun demi untuk terus hidup, dia terpaksa menjadi lelaki dengan bekerja sebagai tukang masak atau pelayan di hotel-hotel Berlin pada musim panas. Manakala saat musim gugur tiba, dia menjadi wanita pula iaitu sebagai Dora.
Bertemu doktor Yahudi yang mengubah hidupnya
Namun gaya hidup Dora membuatkan dia ditangkap lalu dipenjarakan beberapa kali. Maklumlah hal ‘pondan’ adalah sangat tabu ketika itu. Hinggalah dia diperkenalkan dengan seorang doktor yang mengendalikan Institute for Sexual Research, Dresden. Doktor ini juga pernah membantu Martha Baer menjadi seorang lelaki transgender.
Pada tahun 1922, Dr. Erwin Gohrbandt dari University of Berlin menjalankan prosedur pemandulan Dora dan bereksperimen dengan penurunan kadar testosteron Dora.
Manakala Dr. Felix Abraham pula memantau setiap inci perubahan Dora yang menjadikan tubuhnya lebih berlekuk, menunjukkan tanda-tanda awal pertumbuhan payudara dan menjadikan lemak pinggulnya tampak lebih feminin.
Ketika menjadi lelaki - Rudolph
Tak sempat menikmati hidup panjang sebagai wanita
Sembilan tahun kemudian, Dora berjaya menjadi wanita sepenuhnya setelah Dr. Levy-Lenz memotong kemaluannya. Prosedur vaginoplasty yang dia jalani benar-benar berjaya, tidak seperti Lili Elbe (yang bertarung nyawa kerana jangkitan kuman).
Sayangnya kehidupan Dora sebagai wanita tidak lama. Pada tahun 1933, Nazi mulai menjalankan aksi pembersihan etnik. Institut Dr. Hirschfeld dimusnahkan. Sejumlah penghuni institut dihantar ke kem, manakala selebihnya dibunuh termasuk Dora.
Banyak perkara yang terpaksa dihadapi oleh sesiapa jua yang menjalani pembedahan jantina. Selain berdepan dengan risiko kematian, mental juga tersiksa dengan kemahuan sendiri. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
merase la jugak ade bebird.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg cerita Danish Girl tu inspirasi kisah dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel: Yg cerita Danish Girl tu inspirasi kisah dia ke?
yg tu kisah Einar Wegener, nama perempuan Lili Elbe |
|
|
|
|
|
|
|
Klu pondan surgery buang penis n gantikan dgn artificial vagina masih boleh ada perasaan horny ke? Boleh klimaks mcm perempuan ke?
Selalu terfikir.. Skali di buatnya lepas potong penis da xboleh klimaks time ngesek, merana batin seumur idup |
|
|
|
|
|
|
|
apa peliknya??? isu ni kan normal jaman sekarang. Tp sgh kejam dipenjara hanya kerana berperwatakan feminin. |
|
|
|
|
|
|
|
azwanaliori: Klu pondan surgery buang penis n gantikan dgn artificial vagina masih boleh ada perasaan horny ke? Boleh klimaks mcm perempuan ke?Selalu terfikir.. Sk ...
Pernah terbaca pasal ni.. Masih boleh merasa nikmat seksnya.. Doktor akan ambil tisu yg sensitif di kemaluan lelaki tu patu tampal kat vagina.. So kalo main dgn lelaki masih rasa lg la sedap2nya tu.. X silap kulit bahagian bawah anu lelaki.m |
|
|
|
|
|
|
|
klu dh lahir lelaki, lelakilah jua sbb DNA mana boleh ubah
klau pun dah buat vaginaplasty what so ever.. it was artificial, buatan manusia je
puih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib hakak tak operate lg |
|
|
|
|
|
|
|
ini yang buat cerita the danish girl tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
eh! bukan. Tu sorang lagi. Dora ni tak banyak yang diceritakan sangat, sebab tu pic pun sekeping jah!
|
|
|
|
|
|
|
|
Umur 6 tahun dah berani nak potong anu sendiri? |
|
|
|
|
|
|
| |
|