Baru-baru ini adik seorang selebriti popular mencetuskan kontroversi lagi apabila membandingkan dan memandang rendah dua jenama telefon bimbit terkenal di pasaran.
Ameera atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan telah memperlekehkan jenama telefon dari Korea Selatan apabila ditemubual oleh sebuah media.
Sumber foto: Ig Janna Nick
Ketika video tersebut tular, pengguna jenama telefon kedua-duanya berbalah sesame sendiri di Twitter. Tidak kurang juga yang mengecam tindakan adik kepada Neelofa itu. Bukan sahaja netizen, pelakon drama Janna Nick turut merasakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ameera tidak sesuai dan kebudak-budakan.
Sumber foto: ig Janna Nick
Janna Nick menyatakan bahawa seseorang individu tidak perlu menyatakan secara terbuka sekiranya kurang gemar dengan sesuatu produk.
“Pada saya, hanya budak-budak sekolah yang belum matang suka memperlekeh dan membandingkan jenama sesebuah produk. Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri.
“Saya sendiri lebih gemar memilih ciri-ciri yang ada pada sesebuah telefon pintar, seperti skrin besar yang memudahkan kita untuk membuat kerja, kelajuan dan juga beratnya, berbanding hanya melihat pada jenama," ujar Janna dipetik daripada Berita Harian.
Sumber foto: Ig Janna Nick
Menurutnya, dia juga pernah melakukan perkara sama ketika zaman sekolah dahulu, tetapi apabila dewasa dia mulai sedar yang tindakan seperti itu adalah kurang bijak. Janna juga menyatakan ia hanya pendapat peribadinya sahaja serta isu tersebut tidak perlu dipanjangkan lagi. - CARI |