View: 3060|Reply: 5
|
Resipi Rahsia Tulang Rusuk Panggang Simply Ribs Terbongkar
[Copy link]
|
|
Suka masakan tulang rusuk atau ribs tapi selalu makan di luar kerana tidak tahu bagaimana nak menyediakannya? Jangan khuatir kali ini kami akan berkongsi kepada anda resipi menyediakan tulang rusuk yang enak.
Perkongsian ini dimuat naik oleh laman sesawang Butterkicap yang diperolehnya daripada salah sebuah restoran terkenal yang menyediakan hidangan daging rusuk halal iaitu Simply Ribs.
Foto - Butterkicap
Bukan mudah untuk dapatkan resipi daripada sebuah restoran jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya. Jom kita lihat apa bahannya dan bagaimana menyediakannya.
Bahan-Bahan
Untuk renehan
1kg tulang rusuk (short ribs)
2 liter air
1 sudu teh bawang putih cincang
1 sudu teh halia cincang
1/4 cawan gula perang
2 sudu besar garam
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar lada hitam
Foto - Butterkicap
Untuk sos
500g sos barbeku
1 sudu teh bawang putih cincang
2 sudu besar lada benggala, dipotong dadu
1/4 cawan air
1/4 sudu teh lada hitam
1/4 sudu teh stok ayam
2 sudu besar ketumbar cincang
Cara-Cara
Mereneh rusuk
1. Masukkan daging rusuk di dalam periuk bersama 2 liter air.
2. Masukkan bawang putih cincang, halia cincang, gula perang, garam, cili boh dan lada hitam lalu reneh selama tiga jam.
Menyediakan sos
1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali
2. Masukkan bawang putih cincang dan lada benggala lalu tumis sehingga bawang putih menjadi sedikit keperangan.
3. Masukkan 500g sos barbeku dan 32g air untuk cairkan sedikit sos barbeku yang dimasukkan.
4. Masukkan lada hitam, stok ayam dan daun ketumbar cincang dan gaul rata agar semua bahan disatukan dengan sebati lalu padamkan api apabila siap dan ketepikan sos.
Memanggang rusuk
Foto - Butterkicap
1. Panaskan pemanggang dengan api besar dan sapu sedikit minyak di atas pemanggang agar daging rusuk tidak melekat.
2. Apabila minyak di atas pemanggang sudah mendesir, letakkan daging rusuk.
3. Alihkan tulang rusuk selepas terdapat kesan panggang di atas daging rusuk.
4. Sapukan bahagian sudah dipanggang dengan sos barbeku yang disediakan.
5. Angkat daging rusuk dari pemanggang dan padamkan api dan siap dihidang.
Jadi apa tunggu lagi marilah kita mencuba resepi ini dan lihat bagaimana hasilnya. Buat sendiri lebih pasti puas sebab boleh makan beberapa kali. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sadapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Ritu my sis belanja mkn tony romas ribs..tp aku rasa biasa je. Mgkn kalau ambik lamb ribs lagi lembut dan berperisa |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim: Ritu my sis belanja mkn tony romas ribs..tp aku rasa biasa je. Mgkn kalau ambik lamb ribs lagi lembut dan berperisa
Lamb ribs masih x de lg di tonyromas kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nk short ribs mentah ni request je kat bahagian daging tu ek?brp ek selalu harga? |
|
|
|
|
|
|
| |
|