CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13293|Reply: 88

Biar Berkira Dengan Keluarga Sendiri, Jangan Sampai Masa Depan Tergadai Atas Ker

[Copy link]
Post time 27-3-2018 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Air dicincang tak akan putus, namun hari ini banyak perkara boleh menyebabkan hubungan keluarga berantakan dan berpecah belah hanya kerana harta serta wang.

Kita selalu dengar cerita orang tak mengaku saudara apabila membabitkan wang terutama melibatkan nama penjamin hingga menyebabkannya diisytihar bankrap.



Foto: http://businessadvice.co.uk




Dah banyak kes sebegini dipaparkan di muka akhbar, malah ramai juga pengguna media sosial menularkan kisah-kisah sebegini. Tetapi, ia masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Terbaru, beberapa pengguna Twitter berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sedemikian, sekali gus memberi peringatan kepada orang ramai supaya jangan percayakan orang lain untuk meminjamkan nama sebagai penjamin bagi tujuan membuat pinjaman walaupun dengan keluarga sendiri.









Posting Azraei Muhamad itu turut dipersetujui Zulhilmiyang bekerja di sebuah bank.








Ada brader ni datang bank menangis teruk






Adik berhati batu!






Nak tolong, biar betul caranya






Perkongsian mereka itu dipersetujui ramai netizen lain. Ramai yang berterima kasih di atas pencerahan berhubung isu risiko menjadi penjamin itu.


Tergadai masa depan atas sekeping kertas

Foto: Twitter




Biarlah bermasam muka sementara daripada bermusuhan tak sudah kerana masalah di kemudian hari yang akan membuat kita terjelepok tak bangun-bangun. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 04:52 PM | Show all posts
Bila nak meminjam mmg mmg masing2  manis mulut tapi bila nak membayar balik buat2 lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 04:59 PM | Show all posts
eh skg ni rasanya penjamin dh tak kena declare bankrap kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 05:18 PM | Show all posts
setuju. adik ipar aku kena ngan abg sendiri ( abg ipar aku ). beli keta x bayar. padahal keja polis. dah masalah adik aku nak beli rumah. x tahu dah settle ke belom
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah berguarantor guarantor tu maksudnya TAK MAMPU BAHLOL!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling tak suka bagi pinjam duit kat sedara sbb da terkena, dorang tak nak bayar balik. Mcm nak lempang jek muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2018 05:22 PM | Show all posts
napa adik beradik beli rumah beli kereta tak yah guarantor ek?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-3-2018 05:22 PM
napa adik beradik beli rumah beli kereta tak yah guarantor ek?

Adik aku beli kereta few yers back..aku la gerentor nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 07:43 PM | Show all posts
pakcik aku pun kena kes lebih kurang

tapi nak buat macam mana, mentaliti loan dengan bank ni macam dah sebati dengan sesetengah orang.
"Kalau sayangkan family, pegi buat loan bank, bagi sekian-sekian."

sepupu aku baru start kerja, lepas setahun menganggur sejak grad degree, gaji pun ciput, dapat kerja kilang berjawatan sikit,
tapi parents dia paksa dia buat loan around RM70-75 ribu. Sebab? "MEMANG MACAM TU" alasan diorang. anak start kerja, kena pinjam loan dengan bank as a gift la untuk mak ayah joli. kesian tengok dia.

sepupu-sepupu aku yang lain pun ada gak yang kena dengan parents diorang
bodoh punya mentaliti. anak baru nak menapak dalam dunia, dah tambah hutang. semata-mata nak berlagak masing-masing anak sayangkan diorang bagi duit. geram aku
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kroit92 replied at 27-3-2018 07:43 PM
pakcik aku pun kena kes lebih kurang

tapi nak buat macam mana, mentaliti loan dengan bank ni maca ...

Byknyee smpi 70k
Nnt nk kawen buat lg 30k
Mampuih bg ank bini mkn pasir la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kroit92 replied at 27-3-2018 07:43 PM
pakcik aku pun kena kes lebih kurang

tapi nak buat macam mana, mentaliti loan dengan bank ni maca ...

Parents paksa ank loan utk parens bermewah ker
Awkward nyerr
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan org yang nampak memphu berueng pun tak payah la nak tolong. Lembik gigi dr lidah. Hidup dia nak senang menyusahkan hidup org lain puihhhhhh {:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka nasihat dia ni, "kalau org tu tak bayar, kau masih mampu nak cover hutang tu"'
Buat aku fikir sejuta kali aku memang x mampu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:07 PM | Show all posts
munchkin replied at 27-3-2018 05:18 PM
Kalau dah berguarantor guarantor tu maksudnya TAK MAMPU BAHLOL!!!

Tapi nak jugak....

Acane.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:35 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 27-3-2018 07:49 PM
Byknyee smpi 70k
Nnt nk kawen buat lg 30k
Mampuih bg ank bini mkn pasir la..

dia perempuan, sampai sekarang tak kawin2 lagi

kesian dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:42 PM | Show all posts
bungarose replied at 27-3-2018 07:55 PM
Parents paksa ank loan utk parens bermewah ker
Awkward nyerr

yup. dan memang benda ni banyak berlaku dalam masyarakat kita

antara nasib kita dapat tengok/ jumpa/ dengar je. aku rasa dah 4-5 kali aku tengok benda ni jadi, paling haru di kalangan orang berpendapatan rendah yang anak2 mereka dah start bekerja, nak perah selagi boleh, nak menunjuk anak mereka dah berjaya dan mampu berikan mak bapak kesenangan. Hakikatnya, masing-masing berlumba nak berlagak, riak & takbur menunjuk-nunjuk kemewahan ilusi. Biar papa asal bergaya.

Realitinya, anak2 muda yang terseksa menanggung bebanan hutang, tak kahwin or lambat kahwin, tunggu financially stable
iye la, diri sendiri pun cungap nak tanggung, family lagi bergayut tambah hutang, mana mampu oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 09:47 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 27-3-2018 09:07 PM
Tapi nak jugak....

Acane.....

tengok kan Jaz, bank negara ni dok bagi information org tu muflis org ni muflis pastu nak kempen suruh berhemah.
apa bank negara punya action sendiri? yilek!!!

kalau dah ramai muflis because of guarantor. mereka sendiri kena keluarkan guideline / sop no more guarantor!!!!

kalau dah berguarantor maksudnya TIDAK MAMPU. Kenapa keluarkan loan pada orang tak mampu??? pastu guarantor tu ingat HANYA NAMA. padahal dia kena bayar loan untuk orang yang TIDAK LAYAK mendapatkan loan in the first place.

apa guna bank offer loan untuk case yang dah sah sah akan jadi non performing loan. reject saja.

bila dah kena reject, client akan turunkan kepada barang yang dia mampu sahaja. nak harap rakyat malaysia educate diri tapi enforcement takdak. nak tunggu jadi macam ni by that time dah too late.

simple common sense
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:53 PM | Show all posts
contoh kereta. ada car dealer yang bagus. dia minta tengok income statement. pastu dia akan advise. kereta mana yang ko layak and dia akan pass to the banker. without having to have a guarantor. car salesman macam ni lah yang jujur!!!

sebab ada client dia nak beli lebih pada mampu, dia submit saja (tak nak letak guarantor). satu bank sudah flag katanya. loan reject. then client tu turunkan expection nak beli kereta lebih rendah spek. pun kena rejek.

so dia kata nak rekod cantik lebih baik start low bukan start high. bila rekod cantik nanti bank lain pun takkan ada masalah ko nak pinjam duit in future bila rekod cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana nak sangat jaga hati, inilah jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 27-3-2018 09:53 PM
contoh kereta. ada car dealer yang bagus. dia minta tengok income statement. pastu dia akan advise.  ...

A ah...
Car dealer tu bagus dah..dia cr kn kereta yg within bajet
Tp budak yg nk bli kereta tu demand..dia tau mak dia boleh jd guarantor, dia nk yg lebih dr bajet dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.364108 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list