CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4909|Reply: 10

Hanya Ada Satu Ekspresi Wajah, Kanak-Kanak Ini Tak Boleh Senyum Langsung

[Copy link]
Post time 29-3-2018 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Ekspresi wajah yang menenangkan akan mempengaruhi pelbagai pihak. Bayangkan jikalau anda pergi ke kaunter pertanyaan dan tiada langsung ekspresi senyum pada kakitangannya, apa yang anda rasa? Ada rasa nak terbalikkan kaunter tu tak? Tetapi berbeza dengan seorang budak lelaki di Britain yang hanya mempunyai 1 sahaja ekspresi muka. Muka itulah senyum, marah, sedih dan lain-lain.


Sumber: itv.com


Joshua Burdall kanak-kanak di hospital Hull Royal Britain yang menghidap penyakit distrofi miotonik kongenita (Congenital Myotonic Dystrophy) yang hadir secara genetik. Penyakit ini melemahkan otot dalam badan penghidapnya secara beransur-ansur dan membuatkan dia tidak boleh menggerakkan sesetengah anggota badan.


Joshua mula didiagnos dengan penyakit ini selepas menghadapi kesukaran untuk bernafas semenjak lahir dan ia merupakan salah satu simptom miotonik distrofi (DM).


Menurut pengarah unit penyelidikan biologi RNA dari Instritut Teknologi Massachusets di Amerika Syarikat, Dr. éric Lécuyer menyifatkan ianya sebagai satu keadaan berlakunya kecacatan genetik dalam tubuh badan penghidapnya.


Sumber: thesun.co.uk


Ibu Joshua adalah penghidap DM dan tidak boleh menjaganya di rumah. Akibatnya Joshua dijaga oleh pihak hospital sehingga dia diambil menjadi anak angkat oleh Ruane, salah seorang jururawat yang pernah bekerja di hospital Joshua ditempatkan.


Menurut Ruane, penyakit ini sangat kompleks dan jarang berlaku atas faktor kepelbagaian kesannya terhadap individu. Bukan sahaja tidak boleh senyum, Joshua juga sukar untuk bertutur, menelan makanan dan cepat penat. Kesian sungguh!


Sumber: dailymail.co.uk


Atas keprihatinan sebagai ibu angkat, kehidupan bersama Joshua amat mencabar tetapi beliau tidak akan sesekali cuba untuk berputus asa merawat Joshua. Runtun hatinya apabila setiap kali Joshua cuba untuk bercakap, pasti tidak boleh kerana otot mulut dan lidahnya terlalu lemah untuk berbuat demikian.


Apa yang pasti, kalau main pakau (poker) Joshua mesti menang. Semua orang tak boleh nak agak apa yang difikirkannya. -CARI


Sumber: knowyourmeme.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 04:48 PM | Show all posts
Walaupun bergitu beliau tetap nanpak comel
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 05:29 PM | Show all posts
klu besa nati die wt lawak..xtau nk gelak ke x..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sygnya tgk anak ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 03:53 PM | Show all posts
budak tetap comel. moga dia dapat disembuhkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 03:03 PM | Show all posts
kesian dia, comel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2018 06:31 PM | Show all posts
kecik-kecik dah pakai cermin mata
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguih nurse ni amik sbgai ank angkat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2018 03:19 PM | Show all posts
siannya awak sayang
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:55 PM | Show all posts
ingatkan autisme
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 12:40 PM | Show all posts
ciannya..tapi comel ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.047998 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list