CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2079|Reply: 12

Macam Lagak Hero Dalam Filem Aksi!

[Copy link]
Post time 30-3-2018 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Macam babak filem aksi! Seorang lelaki nekad terjun ke belakang tempat menyimpan barang pacuan empat roda milik majikannya dalam usaha menyelamatkan kenderaan itu daripada dilarikan dua penyamun.


Memetik Harian Metro, kejadian 12.20 tengah hari, kelmarin itu berlaku di Kampung Bukit Belacon, Segama, Lahad Datu.


Tindakan nekadnya itu menyebabkan dia luka di kaki dan tangan kanan akibat terseret daripada kenderaan pacuan empat roda yang cuba dilarikan suspek.


Difahamkan, mangsa berusia 39 tahun itu pulang ke rumah untuk mengambil bekalan makanan. Bagaimanapun, mangsa membiarkan enjin hidup apabila dia memberhentikan kenderaan milik majikan yang dipandunya itu di hadapan rumah.


Menurut sumber, seorang lelaki memakai penutup muka tiba-tiba keluar dari kereta Proton Saga sebelum menghampiri mangsa yang baru keluar dari kenderaannya dengan mengacukan pisau.

“Bimbang keselamatannya terancam, mangsa mengundurkan diri. Suspek itu masuk ke dalam kenderaan mangsa dan beredar dari lokasi berkenaan.

“Ketika kenderaan itu bergerak, mangsa melompat ke belakang tempat menyimpan barang dan suspek yang menyedari tindakan mangsa terus memecut laju kenderaan berkenaan,” katanya.




Foto: Harian Metro




Mangsa mencapai sebatang besi dan memecahkan cermin di bahagian pemandu, lalu memukul suspek.

“Akibat pukulan itu, kenderaan dipandu suspek melanggar besi penghadang jalan sebelum memberhentikan kenderaan berkenaan di tengah jalan.

“Mangsa cuba menerkam suspek, tetapi lelaki itu yang disyaki cedera melarikan diri dengan menaiki kereta yang dipandu rakannya,” katanya.


Sejurus itu, mangsa menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan selepas memaklumkan kejadian kepada majikannya.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dengan ambulans,” katanya.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sedang mengesan suspek dan siasatan lanjut dijalankan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 11:06 AM | Show all posts
Hebat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:15 AM | Show all posts
Takda video ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka suspek tu! Tahniaaaaaaaah mangsa! {:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:39 AM | Show all posts
Harap pihak majikan menghargai usahanya tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:44 AM | Show all posts
salah dia dulu la sebab x matikan enjin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni lebih layak memegang watak hero dalam filem Badang
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 12:23 PM | Show all posts
Kenapa la suka sgt keluar kereta enjin hidup mcm tu. Penyakit cari sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 12:29 PM | Show all posts
LautBiru52 replied at 30-3-2018 12:23 PM
Kenapa la suka sgt keluar kereta enjin hidup mcm tu. Penyakit cari sendiri.

ni kira samun sebab dia baru turun dari kete...bukan nya ditinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 05:00 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 30-3-2018 12:07 PM
Dia ni lebih layak memegang watak hero dalam filem Badang

kan??dengan bangsa sendiri pun nak takut ni kan plak nak jadi badang si fonen ni..


https://www.instagram.com/p/BgTpRybh-9Y/?hl=en&taken-by=aliffsyukriterlajaklaris
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 06:49 PM | Show all posts
kete 4x4 ni mmg brg panas dri kalangan pencuri

patut majikan psgla gps tracker aja..baru bape ringgit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 06:51 PM | Show all posts
Hebat !

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Hilux ttp mnjadi sasaran geng samun kete
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.050513 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list