CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6919|Reply: 26

12 Jenama Terkenal Yang Ramai Tak Sangka Buatan Malaysia! Hebat..

[Copy link]
Post time 30-3-2018 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Ramai yang memperlekehkan produk buatan Malaysia kerana menganggap produk keluaran tempatan sebagai kurang berkualiti jika dibandingkan dengan jenama-jenama antarabangsa.








Namun, tanpa kita sedari banyak jenama dan restoran terkenal yang disangkakan berasal daripada negara luar sebenarnya adalah buatan Malaysia. Melalui laman Pen Hitam, kami kongsikan 12 jenama dan restoran terkenal yang berasal dari negara kita:


1. Lewré

Foto: Carian Google



Mungkin ramai tidak percaya yang Lewré adalah jenama Malaysia, tapi itulah hakikatnya. Ia dilancarkan oleh Datuk Lewre Lew pada tahun 1997, dan telah menjadi jenama pilihan selebriti dan kerabat diraja.


Dan kini, rekaannya tersebar ke seluruh dunia. Malah pereka kasut Malaysia yang terkenal, Jimmy Choo adalah mentor kepada Lewre. Murah rezeki dia ni dapat guru macam tu kan.


2. San Francisco Coffee

Foto: Carian Google



Ianya bermula apabila sorang lelaki warga Amerika yang pernah ni tinggal kat San Francisco membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe di Malaysia dan menamakannya San Francisco Coffee.


Ianya kini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn Bhd di bawah Datuk Abdul Rahim Zin dan kini mempunyai lebih 33 cawangan di seluruh Klang Valley.


3. Bonia

Foto: Carian Google



Bonia adalah jenama buatan Malaysia namun diinspirasikan daripada Itali. Bonia Corporation Berhad ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan S.S. Chiang.


Pada tahun 1977 dia telah melawat Pameran Perdagangan Kulit di Bologna, Itali di mana dia telah diilhamkan oleh karya seni pengukir abad ke-16, Giambologna.


Selain itu, Bonia jugak turut memiliki lesen untuk mengedarkan jenama-jenama lain seperti Santa Barbara Polo & Racquet Club, Austin Reed, Valentino Rudy, Jeep, The Savile Row Company, Braun Buffel, Pierre Cardin, Bruno Magli, Enrico Coveri, Renoma Cafe Gallery dan Renoma.


4. The Manhattan Fish Market

Foto: Trip Advisor



Mesti ramai yang menganggap bahawa restoran “The Manhattan Fish Market” ini berasal daripada Manhattan. Bagaimanapun, ianya sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan diinspirasikan dari sebuah restoran Fulton Fish Market berusia 180 tahun di Brooklyn.


Ia diasaskan oleh George Ang dan Dr Jeffrey Goh, sahabat baik yang sangat bangga dengan identiti rakyat Malaysia mereka.Restoran ini bukan sahaja mempunyai cawangan di dalam Malaysia, malah ianya juga turut berkembang pesat ke negara luar seperti Jepun!


5. 1901 Hot Dog

Foto: Carian Google



Restoran ini sebenarnya diasaskan pada tahun 1997 oleh Zakir Jaafar dan Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin. Nama 1901 ini diambil daripada cerita macam mana nama ‘hot dog’ ni mula-mula keluar di Amerika.


Pada tahun 2007, Nineteen O One Sdn. Bhd telah membuat rombakan syarikat kerana mereka mahu memasuki pasaran halal ke Timur Tengah dan Negara-negara Asia yang lain. Perubahan yang dilakukan termasuklah pada outlet jualan, logo syarikat, produk jualan dan sasaran pengguna.


6. Fipper

Foto: Carian Google



Selipar Fipper yang menjadi pilihan zaman sekarang ni sebab reka bentuknya yang ‘simple and nice’ ni sebenarnya buatan Malaysia?
Mungkin ramai yang anggap jenama ini berasal dari tempat yang sama menghasilkan Roxy, Havaianas atau Ipanema. Ada juga yang sangka ianya berasal dari California.


Ia sebenarnya telah diasaskan pada tahun 2008 oleh Jack Lim. Harga selipar ni dari RM15.80 hingga RM38.00 sepasang dan ianya diperbuat daripada getah Thailand serta mempunyai logo gajah.


7. Beryl’s

Foto: Carian Google



Satu lagi produk tempatan yang popular iaitu coklat Beryl’s.Namanya diambil sempena nama klasik bagi kanak-kanak perempuan yang bermaksud batu permata jenis bersih dan cerah.


Bagi ahli geologi pulak, beryl adalah mineral yang terdiri daripada beryllium aluminium cyclosilicate. Beryl’s Chocolate telah ditubuhkan pada tahun 1995 dengan menggunakan koko dari Ghana.


Pengasasnya merupakan seorang penduduk peribumi dari Sarawak dan ia mempunyai lebih 70 jenis coklat termasuk perisa durian dan cili. Bagi mereka yang tidak tahu, coklat perisa durian ni lebih popular kat Taiwan dari kat Malaysia sendiri.


8. Vochelle

Foto: Vochelle



Selain dari Beryl’s, kita juga mempunyai jenam coklat yang turut setaraf dengan jenama antarabangsa yang lain iaitu Vochelle.
Vochelle diedarkan oleh Maestro Swiss, sebuah syarikat tempatan yang pesat berkembang dalam pengilangan, penjualan dan pemasaran dalam industri makanan dan minuman di Malaysia.


Ibu pejabat dan kilangnya bertapak kat Pulau Pinang tapi Pejabat Jualan dan Pemasarannya kat Petaling Jaya. Maestro Swiss juga mengeluarkan minuman Vico, yang majoriti semua orang tahu ia dari Malaysia.


9. Ogawa
Foto: Ogawa


Nama bagi jenama ni sememangnya menggunakan bahasa Jepun sehingga ramai yang tidak menyangka ianya adalah jenama Malaysia. Ogawa dalam Bahasa Jepun membawa maksud sungai.


Pengasasnya ialah Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian (rakyat Malaysia). Mereka mencipta jenama ni sejak tahun 1996 hinggalah ianya dikenali umum hingga ke hari ini.


10. British India

Foto: Carian Google



British India juga adalah jenama Malaysia, dan bukan daripada British, India, ataupun mana-mana kawasan lain yang berada di antara mereka. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan diasaskan oleh Pat Liew. Dia mempunyai pengalaman luas dalam arena fesyen ni merupakan nadi pada jenama British India.


Kini British India mempunyai lebih daripada 40 outlet di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina. Apa yang diterapkan dalam konsep rekaan bajunya adalah jenis Classic, Yoga, Traveler, Adventure dan sebagainya.


11. Bufori

Foto: Carian Google



Mungkin ramai yang tak tahu mengenai jenama kenderaan Bufori kerana ianya sukar didapati di jalan raya. Tapi apa yang paling penting, ia merupakan sebuah kenderaan mewah buatan Malaysia!


Syarikat ni diasaskan oleh tiga beradik berketurunan Lubnan dari Australia iaitu Anthony, George, dan Gerry Khouri.
Namun pada tahun 1998, mereka telah berpindah dan beroperasi sepenuhnya di Kepong. Bufori merupakan singkatan kepada Beautiful, Unique, Fantastic, Original, Romantic dan Irresistible.


Orang kata Tun Mahathir pun ada kereta ni jugak tau. Siap ada tandatangan Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah lagi tu kat kereta.


12. Padini

Foto: Padini



Padini Holding Berhad merupakan syarikat dari Malaysia. Ia mula beroperasi sebagai sebuah Syarikat Pengilangan Pakaian Hwayo pada tahun 1971 dan kemudiannya membuka outlet pakaian bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara Asia yang lain.
Padini menjual barangan wanita dan lelaki seperti kasut, aksesori dan pakaian dengan harga mampu milik.


Diharap dengan perkongsian ini mampu membuka mata mereka yang seringkali memperlekehkan barangan buatan Malaysia. Masih meragui mutu produk buatan tempatan? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 12:44 PM | Show all posts
Dah lama tahu pun hanya harganya kadang ada yang agak melampau walaupun ianya local products
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 02:18 PM | Show all posts
Haah local product pun rege saing2 brand luar jah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 02:19 PM | Show all posts
kan??yang bonia tu handbag mahal kedaonggggg..cmne nak support program "Belilah Barangan Buatan Malaysia" kalau harga tak mampu milik?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 03:45 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 30-3-2018 12:44 PM
Dah lama tahu pun hanya harganya kadang ada yang agak melampau walaupun ianya local products

tu la...harga melampau2 mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 04:26 PM | Show all posts
owhh..ada yang aku baru tahu
hebat

san francisco nya air chocolate tak sedap tekak bagi pandangan aku yang tak minum kopi dan  teh
mungkin kopi nya sedap barangkali bagi penggemar kopi

british india baju lelawa tapi  mahal namati
tak terbeli rakyat marhaen macam aku ni
yelah dari segi kualiti memang cun
walaupun kain susah nak gosok dan asyik berkedut

bonia mahal namati juga
tapi design kadang2 cantik2 apa
setaraf la brand2 international itu

manhattan fish market kualitit asyik berubah2
tengok branch agaknya
kalau time promo yang mur mur tu rasa memang hmmmm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni produk I...can coozie dari parachute cord yg sgt berguna kalau masuk hutan dan hiking.

Uols rasa kalau harga RM35 murah ke mahal...kalau mahal harga berapa sesuai.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 30-3-2018 04:26 PM
owhh..ada yang aku baru tahu
hebat


British India memang sesuai cuaca malaysia...nampak sejuk je kainnya...tapi harga telan air liur.

Selalu beragan je kalau tengok baju  sluar kat situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
1901 hotdogs tu wujud lagi ke?
Lama tak nampak kemana tercampakkk?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 30-3-2018 05:37 PM
1901 hotdogs tu wujud lagi ke?
Lama tak nampak kemana tercampakkk?

mcm da tutup je kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
British india dulu favourite aku....
Kain dia sedap pakai....

Tapi sbb aku tak brp tinggi....mcm tak cantik je pakai....klu org tinggi memang cun habis...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 30-3-2018 05:37 PM
1901 hotdogs tu wujud lagi ke?
Lama tak nampak kemana tercampakkk?

Aah....

Dah makin berkurang kiosk 1901 ni....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Iol peminat tegar fipper
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Carlo rino pun buatan malaysia kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Most chinese owned kan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
PongKang replied at 30-3-2018 05:44 PM
mcm da tutup je kan

Yg dekat sunway pon dah xde ke? Sedap 1901 ni tp susah nk cari. Antara smua yg tersenarai tu 1901 je owner melayu kn? Beza betul dgn cina punya bisnea. Mash potato 1901 sedap gila. Ptut bykkn kiosk. Ni dekat pavi pon xde
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2018 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 30-3-2018 06:41 PM
British india dulu favourite aku....
Kain dia sedap pakai....


Uols sama tarap dgn m.nasir gitu kaka...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 31-3-2018 04:24 PM
Uols sama tarap dgn m.nasir gitu kaka...hihi

Knp m.nasir shernazzz...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 31-3-2018 05:14 PM
Knp m.nasir shernazzz...

M.nasir pakai.baju british india ...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 01:51 PM | Show all posts
beg bonia pn mahal. ribu riban.. hurmm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053052 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list