View: 7295|Reply: 68
|
Pekerja Lapangan Terbang Dipotong Gaji Kerana Terlalu Tampan
[Copy link]
|
|
Seorang pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Xiamen Gaoqi di Xiamen, China telah dipotong gajinya selepas video dia sedang berjalan di tarmac (landasan) tular di media sosial.
Menurut Inc, juruteknik berusia 25 tahun itu tidak menyedari dirinya sedang dirakam seorang penumpang wanita ketika dia yang lengkap berseragam, berjalan bersebelahan pesawat memakai fon kepala dan cermin mata hitam.
Malah, netizen turut membandingkannya dengan pelakon Korea Selatan yang tampan iaitu Song Joong-Ki.
Foto: IMDb/Youtube
China News Service melaporkan bahawa video tular itu menyebabkan majikannya mengenakan potongan gaji sebanyak 10 peratus kerana dia melanggar kod etika berpakaian syarikat selain memasukkan tangannya ke dalam poket ketika dirakam.
Majikannya dilaporkan bimbang penampilan kasual dan 'tidak kemas' itu akan memburukkan imej syarikat memandangkan lebih satu juta pengguna telah menonton video berkenaan di laman Tik Tok.
Pengguna laman web berkenaan termasuk 'peminat barunya' mengecam tindakan majikan terbabit kerana dipercayai memotong gaji pekerjanya akibat cemburu dengan ketampanannya sehingga mendapat pujian meluas di Internet.
Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak menyalahkan majikannya atau individu yang merakamkan video berkenaan.
Foto: Youtube
"Ia salah saya kerana menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dan melanggar kod etika berpakaian ketika bertugas.
"Tolong jangan salahkan penumpang yang memuat naik video saya itu dan saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak berniat menyusahkan saya," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
hensem la macam tu
kalau pakai skema turun 10% kehenseman |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi tak cabut spec mata, tak de gambar close up, iols xkan percaya heols hensem.... |
|
|
|
|
|
|
|
menyesal klik 'play' tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Hensem la jgk. Tapi tak paham reason dia kena poting gaji. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dinafikan ada sesetengah dari mereka kelihatan agak tampan dan tinggi2 semuanya. Terutama yang dalam pasukan beruniform, yang menjaga keselamatan tempat2 awam macam abam polis, askar dan swat. Teringat Art masa di Shangai aritu gigih antie, tanter tanter ngan ahkak2 nak berselfie they theols. Tetap tercegat maintain tegak in character walau berbakul theols tengah dipuji semasa tengah menjaga tu. Nak balas senyum pun terpaksa tahan sebab tengah kerja. Sama macam dalam kes ni dah org minat macam mana nak marah. |
|
|
|
|
|
|
|
x paham mata dorang ni cane bole detect ensem |
|
|
|
|
|
|
|
bila orang tinggi badan sedap2 muka ploles pakai spek itam, otomatik nampak rembes chuols...tapi bila dia bukak spek belum tentu tasty yach
|
|
|
|
|
|
|
|
bila bukak spek muka hauk..menyesal tengok vid tadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
iolls xleh trime chinese look..say no to mate sepet.. |
|
|
|
|
|
|
|
makin terserlah ketampanan bilamana dia memaafkan sahaja majikan & orang yg amek gambar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja Lapangan Terbang Dipotong Gaji Kerana Terlalu Tampan
Misleadingnya tajuk. Bukan ker dia dipotong gaji sebab tak ikut etika berpakaian? |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba bukak spek dulu tengok baru boleh cakap tampan ke tidekk |
|
|
|
|
|
|
|
klau mcm ni la etika company ni... suppose @dodolgemok dpt kenaikan gaji 10% |
|
|
|
|
|
|
|
Iols.perhati dia.ssama cm min kyung hoon
|
|
|
|
|
|
|
|
kakak pun agak sceptical dekk....harus kena buka spek dulu baru akak boleh yakin
|
|
|
|
|
|
|
|
setelah dibuka spek ternyata leluhur jinjang ini biasa2 saja..x sedap mana pun....setitik pun air akak tak merembes keluar apabila melihat heshe....buang data jer tgk video |
|
|
|
|
|
|
|
aah..bukak dulu spek tu baru tau tampan ke tidak hoke |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang handsome? dengan mata covered with sunglasses. tak kosser la netizen china ni. taste ke laut |
|
|
|
|
|
|
| |
|