View: 4898|Reply: 34
|
Warga Emas Yang Kelihatan Seperti Remaja - Anda Takkan Percaya Umurnya..
[Copy link]
|
|
Jika baru-baru ini tular mengenai pembaca berita kaji cuaca yang awet muda, negara China sebenarnya sudah pun digegarkan dengan penampilan muda seorang warga emas yang dianggap seperti 20an.
Dengan bentuk badannya yang masih tegap, air muka yang tidak nampak tua, rambut masih kekal hitam dan perwatakannya yang sentiasa ceria langsung tidak menyamai datuk berusia 68 tahun. Tidak hairanlah Hu Hai digelar 'Datuk Paling Moden di Shanghai' dua tahun lalu.
Hai menjadi sebutan ketika mengambil bahagian dalam program bakat tempatan untuk warga emas di Shanghai. Dia mengejutkan penonton dan juri dengan penampilan dan sikapnya seperti remaja lelaki, yang jauh berbeza dengan usianya.
Jadi, mesti ada rahsia awet muda kan?
Lelaki lebih separuh abad itu berkata ia sebenarnya gabungan pelbagai faktor. Untuk menjaga bentuk badannya, dia mengamalkan yoga, meditasi dan menterbalikkan badannya selama 30 minit sehari.
Oh! Padanlah kurang berkedut dan rambut pun tebal lagi.
Dari segi pemakanan pula, Hai lebih suka makan dalam saiz yang kecil serta mengambil pelbagai suplemen kesihatan, termasuk vitamin dan pil kolagen.
Lagi?
Yang sebenarnya Hai kelihatan jauh lebih muda daripada usia adalah kerana sikapnya.
Dia menganggap dirinya 20 tahun dan akan merasakan seperti itu sehingga menarik nafas terakhirnya.
"Semua orang akan menjadi tua suatu hari nanti, tidak ada cara untuk mengelakkannya. Tapi jika anda berasa tua dan hanya menunggu untuk mati, tidak mahu belajar perkara baru lagi, anda sudah tua, tidak kira berapa pun umur anda."
Hai percaya setiap orang mempunyai tiga usia iaitu usia mental, usia fisiologi dan usia fizikal.
Warga emas yang kelihatan seperti remaja - anda takkan percaya umurnya sudah 68 tahun
Foto Carian internet
Malahan Hai mendakwa doktor memberitahunya bahawa dia mempunyai badan dan fungsi tubuh seorang manusia berumur 40 tahun. Tetapi usia mentalnya jauh lebih rendah.
"Saya fikir umur mental saya akan sentiasa 20 tahun. Saya boleh buat apa yang boleh dibuat oleh orang berusia 20 tahun. Menjadi remaja menyeronokkan. Semangat ingin menjalani kehidupan yang berbeza setiap hari," katanya.
Menariknya Hai bukanlah satu-satunya datuk berjiwa muda di China. Tahun lepas, Wang Deshun, yang kini berumur 82 tahun menjadi tajuk berita apabila diberi gelaran datuk paling hangat.
Jadi, berapa usia mental anda? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
ke dia wat treatment muka cam hakak ifa puk puk ittew? |
|
|
|
|
|
|
|
Usia mental I mungkin 45 kot |
|
|
|
|
|
|
|
ex ceo aku pun sama...umur dkt 50 tp nmpk muda...badan pun mcm umur 20 an...
dia mmg jaga pemakanan...muka asyik senyum jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai plastik mmg muda
Nak.umur sweet 17 pung boleh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau macam tu akak pun nak slalu senyum lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Getting old is natural thing. And you'd better embrace it 'cause you've got no choice ~ Robert De Niro |
|
|
|
|
|
|
|
"Semua orang akan menjadi tua suatu hari nanti, tidak ada cara untuk mengelakkannya. Tapi jika anda berasa tua dan hanya menunggu untuk mati, tidak mahu belajar perkara baru lagi, anda sudah tua, tidak kira berapa pun umur anda."
Menarik dan ada betul apa yang diperkatakannya tu. Ramai yang suka menuakan diri sebelum waktu dan berhenti belanjar apa yang baru. Sebab tu pentingmya jaga pemakanan dan rajin bersenam. Kalau biasa ke Shanghai pasti akan perasan kebanyakan mereka kat sana agak bergaya dari di bahagian lain di China. Pengaruh colonial pada masa lalu banyak mempengaruhi mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
macam remaja tu melampau laa hahahaa.. tapi memang awet muda la.. nampak macam late 40’s gitu |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia..ya Allah! ni baru #goal. Senang nak beribadah kalau badan sihat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau semua mcm gini, budak2 pun xtau mcm mana rupa tua. |
|
|
|
|
|
|
|
x nampk la mcm remaja pun....
aikshhh klu ckp 40 above ok la kot kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai orang tua fikir nak mati masuk dlm lubang kubur je.
Lepastu kena sakit murung, nyanyuk hidup sedih je. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak ok dia ni banding dgn pak nil....
.
Pak nil tu aku tgok pelik semacam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jorja: Getting old is natural thing. And you'd better embrace it 'cause you've got no choice ~ Robert De Niro
Mr de niro sgt kacak di mata iols di usia mn skali pun
|
|
|
|
|
|
|
|
wahh good for you, pakcik hu hai.
tp stetmen kelihatan remaja tu over sgt. remaja purba barangkali |
|
|
|
|
|
|
|
Woww seriously 68? Awat mcm tak sama mcm atok2 kat msia ni. Umur 68 dah pakai tongkat.. sakit sana sini. Bior betik?? |
|
|
|
|
|
|
|
Muka nampak berusia jg. Tp body mmg remaja |
|
|
|
|
|
|
| |
|