|
KOTA BHARU 1 April - Seorang remaja perempuan mendakwa menjadi mangsa serangan orang minyak di Kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian di sini pagi ini.
Serangan kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17, sedang menjemur pakaian di belakang rumah.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian II itu mendakwa, dia ditarik kelibat seorang lelaki dari arah belakang dan dibawa ke ruang tamu rumah.
“Saya tidak dapat berfikir seperti kena pukau dan hanya tersedar selepas kelibat lelaki itu mencekik leher saya. Tangan, kaki dan bahagian perut saya diikat dengan tali.
“Jerutan yang kuat di bahagian perut membuatkan saya sesak nafas. Saya menjerit meminta tolong sebelum keli-bat itu lari melalui tingkap dapur rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.
Kesan minyak di leher dan kaki mangsa didapati masih ada dan mangsa kini berada dalam keadaan trauma.
Sementara itu, bapa mangsa, Kamarulzaman Mat Yunus, 44, berkata, rumahnya serta tiga lagi rumah jiran diganggu kelibat seakan-akan orang minyak sejak sebulan lalu.
“Walaupun kami membuat rondaan, berjaga, mengepung orang minyak ini namun dia bagaikan hilang tanpa kesan. Kami buat solat hajat namun orang minyak ini tetap mengganggu,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Ke lawak April Fools?
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/orang-minyak-mengganas-di-kampung-pengkalan-demit-1.639298 |
|