Setiap manusia yang hidup pasti akan diuji. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka tidak pernah ditimpa musibah atau berdepan sebarang masalah.
Bezanya, setiap orang menghadapi ujian berbeza dan tidak mustahil ada kalanya pasti ada yang berasa sedih dan tidak kuat untuk mengharunginya.
Tapi, harus diingat, di kala kita berasa seperti ingin berputus asa, masih ada insan yang diuji lebih hebat berbanding kita.
Mungkin diri sendiri tidak sekuat mereka yang mampu bangkit dari badai kehidupan, namun kisah ini mungkin boleh dijadikan inspirasi selain menghembuskan sedikit semangat ke dalam diri.
Seorang pengguna Facebook, Siti Nur Ain Khairuddin baru-baru ini, berkongsi pengalaman tragisnya apabila terbabit kemalangan jalan raya dua tahun lalu.
Tragedi yang mengubah hidup Ain
Ketika dihubungi, Ain berkata, dalam kejadian dia bersama suami dan anak perempuannya iaitu Mardhiah yang ketika itu berusia lima tahun dalam perjalanan ke Johor Bahru sebelum lori dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler menyebabkan dia tercampak keluar dari tingkap hadapan.
"Maafkan saya, Ya Allah apa yang saya dah buat ni? Tengok kaki awak sayang," kata suaminya.
Mama, bebey takut
Saya sayang awak. Andai ini takdirnya, saya reda
Menurut Ain, 28, kecederaan dialaminya menyebabkan dia terpaksa ditahan di hospital selama 59 hari. Namun, kejadian berkenaan tidak melemahkan semangat ibu tiga anak itu.
Ain kini memiliki tiga orang anak (dua perempuan dan seorang lelaki) dan mengusahakan perniagaan produk kesihatan Shaklee serta Tupperware.
Menurutnya, dia menggunakan kerusi roda untuk melakukan tugas harian di rumah seperti memasak dan menguruskan anak serta bersiar-siar di luar. Dia hanya menggunakan tongkat untuk ke bilik air sahaja.
Perkongsian Ain itu meraih perhatian orang ramai yang turut bersimpati di atas nasibnya dan dalam masa sama, kagum dengan kecekalannya mengharungi dugaan hidup bersama suami dan anak-anak.
Insan yang tabah dan sabar
Foto: FB Siti Nur Ain Khairuddin
Setiap yang berlaku itu pasti ada rahmat di sebaliknya dan terserah kepada setiap individu untuk menjadikan ia kekuatan atau sebaliknya. - CARI |