Akhirnya, Syazwan Zulkifly mengambil keputusan untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan artis Mind Order untuk mengelak perselisihan faham yang selama ini berlaku antara dirinya dan pihak produksi.
Foto: IG Syazwan Zulkifly
Selama enam tahun dia mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan pihak produksi terutamanya perkara yang melibatkan ‘periuk nasi’ dirinya menerima tawaran berlakon.
Foto: IG Syazwan Zulkifly
"Saya dah penat enam tahun berkomunikasi dengan produksi membabitkan harga, jadual dan kerjaya agak sukar.
"Banyak salah faham yang berlaku yang akhirnya kesalahan-kesalahan itu hanya memburukkan nama saya sebagai pelakon," ujarnya kepada mStar Online.
Sistem pengurusan yang lemah membuatkan dirinya mengalami masalah apabila melakukan perbincangan.
Foto: IG Syazwan Zulkifly
"Baru-baru ini ada produksi nak saya berlakon dalam sebuah drama tapi kemudian senyap bila ditanya harga, lokasi dan lain-lain.
"Saya tidak berkira tentang harga tapi saya mesej tidak berjawab dan esoknya dia hubungi saya dan terus suruh masuk set penggambaran. Mereka fikir saya pelakon tambahan ke?
"Kemudian, saya dapat tahu nama saya sudah dijaja dan diburuk-burukkan dalam kalangan produksi lain," ujarnya.
Foto: IG Syazwan Zulkifly
Disebabkan itu, dia tertekan dengan masalah tersebut sehingga mengganggu perjalanan kerjayanya. Dia juga mengakui digam sebuah stesen televisyen dan sehingga kini tiada penyelesaian.
Foto: IG Syazwan Zulkifly
"Masa heboh pasal kena gam itu saya ada dipanggil berlakon untuk satu episod drama untuk stesen televisyen itu.
"Tapi itu sahajalah, sehingga sekarang tiada lagi, mungkin juga mereka lupa atau terlepas pandang nama saya.
"Saya bersyukur TV3 dan RTM masih memberi peluang untuk saya," ujarnya yang bakal keluar dengan drama Kalis Kasih di Slot Samarinda.
Moga ruang rezeki untuk Syazwan tidak putus dalam kerjaya lakonan. Jangan mengalah dengan keadaan. - CARI |